Monday, February 28, 2011

Friday, February 25, 2011

kejohanan debat piala naib canselor


salam..

jangan lupa untuk menyaksikan kejohanan debat piala naib canselor. harap kawan fifa yang berkelapangan dapat turun memberi sokongan. ayuh sama2 bagi semangat kepada student2 fifa yang mewakili FSU!

Saturday, February 19, 2011

MARI TURUN MENGUNDI CALON-CALON FIQH FATWA!

TLC 1

TLC 1

SALAM..

Malam Pengenalan Calon Majlis Perwakilan Pelajar


jam : 8.00 malam

tarikh: 18/2/2011

tempat : Kolej Kediaman 1


Hari Mengundi

tarikh: 21/2/2011

tempat: FSU

masa: 8 pg- 4.30 ptg




marilah bersama2 trun pada malam ini, untuk mendengar ucapan dari bakal pemimpin ANDA!

Sunday, February 13, 2011



Salam ukhwah...mari sertai program-program MPP bersempena dengan MAULIDUR RASUL!

Tuesday, February 1, 2011

KAEDAH MENGHAFAL AL-QURAN



a) Pertama,mulakan dengan bertaubat dengan sebenar-benar taubat keranasesungguhnya dosa-dosa tidak akan memberi ruang untuk ayat-ayat Quran bertapak di hati manusia. Imam Al-Shafie di dalam satu petikan sajaknya yang terkenal mengadu kepada gurunya akan dirinya yang agak sukar untukmenghafal dengan baik.Gurunya lalu menasihatinya agar meninggalkan dan bertaubat akan segala dosa- dosanya. 

b) Mempunyai niat yang benar dan percaya akan balasan baik yang akan diperoleh seperti yangdinyatakan di dalam hadis di atas. Mintalah bantuan Allah dengan seikhlas hati untuk sentiasa memudahkan kita menghafal ayat-ayatsuciNya. 

c) Peruntukkan sebahagian waktu setiap hari (atau selang beberapa hari) untuk menghafal ayat-ayat Quran.Masa yang paling baik adalah pada waktu yang kita tidak sibuk dengan hal-hal lain. 

d)Gunakan naskah Quran yang sama setiap kali kita menghafal.Ini membantuminda kita menangkap dan mengingat apa yang terdapat pada helaian mukasurat ayat yang kita ingin hafal.(mind snapshot) 

e) Mulakan dengan surah-surah yang paling mudah bagi kita.Ramai yang menyarankan agar hafalan bermula dengan lima juzu' terakhir( bermula dengan juzu'30,juzu' 29 dan seterusnya) 

f) Hafalan juga boleh dimulaka ndengan surah-surah yang paling kita gemar membacanya atau yang selalu kita dengar ataupun yang kita sudah biasa dan sudah pula ingat sebahagiannya. 

g) Sebenarnya, lebih muda umur kita, lebih mudah untuk kita menghafalnya.Semakin kita berumur, kita akan lebih sibuk dengan pelbagai urusan dan kemampuan untuk mengingat juga semakin berkurangan. Walaubagaimanapun, walau berapa pun umur kita, kita masih belum terlambat sebenarnya,insya Allah. Walaupun kita tidak pernah menghafal ayat-ayat Quran pada usia kecil atau pada masa usia remaja,namun kita masih lagi berpeluang menghafalnya jika kita mahu. 

h)Setelah menghafal beberapa ayat, cubalah membacanya di dalam solat-solat sunat yang biasa kita lakukan.Selain itu,mintalah bantuan rakan-rakan ataupun pasangan kita untuk mendengar bacaan hafalan ayat-ayat itu . 

i) Menghafal secara berkumpulan juga merupakan satu cara yang baik apatah lagi dengan sentiasa bersama-sama memberi galakan di antara satu sama lain. Sebagai ibu bapa pula,apa salahnya mewujudkan pertandingan di antara anak-anak dan memberi hadiah pada siapa yang berjaya menghafal dengan baik.

semoga berjaya...