Showing posts with label Tokoh. Show all posts
Showing posts with label Tokoh. Show all posts

Sunday, July 18, 2010

Syahid Impian Suamiku

Terbaca satu artikel temubual dgn zaujah asy-syahid Izzuddin (org kanan kepada Sheikh Ahmad Yassin & Abdul Aziz Rantisi)..

…. lebih kurang sebulan sebelum kesyahidan zaujnya. Beliau melintasi bilik di mana zaujnya sedang bekerja. beliau ternampak tulisan kalimah “asy-syahid” di dahi zaujnya.. maka dalam perjalanan pulang ke rumah petang itu.. baliau meluahkan rasa gusar di hati,menceritakan apa yg beliau nampak. maka lantas, asy-syahid memberhentikan kereta dan terus berdoa kepada Allah “Ya Allah, benarkanlah apa yg dilihat oleh isteriku”. Tidak lari dari perasaan fitrah manusia, si zaujah berkata.. “Apa akan jadi dengan kami, siapa yg akan menjaga kami?” maka asy-syahid menjawab.

“Allah lagi pandai menjaga dan lagi boleh memberi daripada abang”

Maka setiap hari, si zaujah mendoakan agar suaminya beroleh asy-syahid yg diidamkan. apabila ditanya perasaannya ketika berdoa itu, beliau menjawab,

“Memang pilu dan terluka hati kerana seolah mendoakan pemergian org yg kita kasihi… tapi ketahuilah, bahawa saya mendoakan kehidupan kami yg lebih baik di akhirat nanti”



Muslimin dan muslimat sekalian, ayuh kita berdoa agar rijal2 kita sentiasa bersih hati dan ikhlas bekerja kerana-Nya. Kerana kuatnya ummah kita adalah kerana kuatnya rijalnya.


Kami adalah pedang-pedang terhunus
Yang siap terayun menebas musuh
Tiada peduli siapapun pemegangnya

Kami adalah tombak-tombak berjajar
Yang siap dilontarkan dan menghujam
Menembus dada lantakkan keangkuhan

Kami adalah butir-butir peluru
Yang siap ditembakkan dan melaju
Dan Mengoyak dan menumbang kezaliman

Kami adalah mata pena yang tajam
Yang siap menuliskan kebenaran
Tanpa ragu ungkapkan keadilan

ALLAHUAKBAR!!



sumber:dakwah.info

Monday, May 10, 2010

DIRI ANDA KAUNSELOR TERUNGGUL

Saudara Nisar Mohamad Ahmad,27 tahun, mungkin teman-teman di USIM dan rakan-rakan sebaya dengannya kenal akan insan terbilang ini namun ramai juga yang belum tahu akan rahsia tersirat pemuda ini. Saya sempat bertemu dengan beliau semasa beliau kembali ke Malaysia selepas tamat pengajian Master di Exeter University, UK pada tahun 2006. Namun tidak lama kemudian, beliau terbang semula ke UK untuk meneruskan pengajian dalam bidang Undang-Undang dan bakal pulang sebagai seorang Doktor Falsafah Undang-Undang sebelum mencecah usia 30 tahun. Kini, Nisar merupakan seorang Tutor di Fakulti Syariah & Undang-Undang USIM dan juga merupakan belas pelajar USIM dan Pemegang Anugerah Diraja pada Konvokesyen USIM kali ke-4.

Selain daripada bijak dan cemerlang dalam pelajaran, Nisar juga merupakan seorang pemimpin mahasiswa serta pernah menjadi Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar USIM sesi 2002-2003 & 2003-2004 (2 tahun berturut-turut). Selain itu juga, beliau sangat aktif dalam bidang penulisan artikel dan seorang pendebat B.Inggeris USIM. Walaupun saya tidak pernah “sezaman” pengajian dengan Nisar namun nama beliau masih lagi kedengaran tentang potret kecemerlangan kepimpinan beliau.
Kejayaan beliau ini telah merubah panorama mentaliti mahasiswa USIM untuk menolak pendapat yang mengatakan jika aktif dalam dunia kokurikulum maka akan merosot pencapaian akademiknya. Waima, saya juga tidak ketinggalan menjadikan beliau sebagai mentor kepada saya dalam soal kepimpinan & akademik.
Lantas, saya tertanya-tanya apakah resipi yang beliau gunakan untuk berjaya ke tahap ini ? Beliau menjadikan dirinya sendiri sebagai “kaunselor dan motivator” untuk melangkah kehadapan. Setiap hari beliau akan perbaharui niat, memotivasikan diri sendiri dan membakar semangat diri untuk melakukan sesuatu walaupun ia dalam keadaan sukar.
Ya, jika ini sudah ada nescaya anda tidak perlukan motivator khas untuk merubah diri anda atau kaunselor berbayar tetapi cukup dengan kuasa hijrah dalam diri anda. Penceramah atau orang lain hanya mampu “merangsang” diri kita untuk berubah tetapi kita yang menentukan serta membuat perubahan itu. Sebesar manapun orang buka mulut anda untuk suapkan makanan tetapi anda tidak mahu menelannya ia tidak juga berguna. –www.haririridaud.wordpress.com-
Kata seorang penulis hebat, “Dan saya tidak nampak, apa motivasi yang terbaik dalam samudera kehidupan ini, selain merapat kepada Ilahi. Pada saya, itulah dia motivasi kehidupan yang hakiki.”
Tidak terlewat rasanya memberi nafas baru kepada diri kita ke arah memasuki semester baru kerana

“ Barangsiapa yang hari ini dia lebih baik dari semalam, maka dia dari kalangan mereka yang beruntung. Barangsiapa yang hari ini dia sama seperti semalam, maka dia dari kalangan yang rugi. Barangsiapa yang hari ini dia, lebih teruk dari semalam, maka dia di kalangan orang yang celaka” Mafhum Hadith Rasulullah SAW.

Sunday, February 21, 2010

Hassan Al Banna : Semarak Perjuangannya Masih Terasa



Tanggal 12 Februari 1949 meninggalkan sejarah hitam dan pilu bagi masyarakat Islam khususnya pejuang-pejuang agama. Pada tarikh itu dunia Islam kehilangan seorang ulama dan mujahid yang menjadi pelopor dalam mengembalikan kegemilangan Islam ke kemuncaknya. Pemergiannya yang tidak diduga merupakan suatu pembunuhan kejam hasil konspirasi musuh-musuh Islam yang berselindung di sebalik Raja Farok, pemerintah Mesir pada ketika itu.


Imam Hassan Al Banna telah dilahirkan pada Oktober 1906 di desa al Mahmudiya yang terletak di daerah al Bahriyyah, Iskandariah, Mesir. Beliau berasal dari sebuah keluarga Ulama yang dihormati dan terkenal kerana begitu kuat mentaati ajaran dan nilai-nilai Islam. Mujahid Islam ini dibesarkan dalam suasana keluarga yang merendah diri dan hidup dalam keadaan yang serba sederhana.

Hassan al Banna merupakan anak sulung daripada lima beradik. Ayahnya, Syeikh Ahmad ibn Abd al Rahman al-Banna. adalah seorang ulama, imam, guru dan pengarang beberapa buah kitab hadis dan fikah perundangan Islam, yang berkelulusan dari Universiti Al Azhar Mesir. Beliau dikenali sebagai seorang yang bersopan santun, pemurah, merendah diri dan tingkah laku yang menarik. Namun beliau hanya bekerja sebagai pembaik jam di desa al Mahmudiya untuk menyara keluarganya. Masa yang selebihnya digunakann untuk mengkaji, menyelidik dan mengajar ilmu-ilmu agama seperti tafsir al Quran dan hadis kepada penduduk tempatan.

Sebagai seorang ulama, Sheikh Ahmed Abdur Rahman al Banna mempunyai perpustakaan yang agak besar di rumahnya. Beliau menghabiskan sebahagian masanya mempelajari Sunnah Rasulullah dan membincangkannya dengan rakan-rakan di kedai dan di rumah. Hassan al-Banna juga sering menghadiri dan mengambil bahagian dalam perbincangan tersebut. Pertemuan ini memberi kesan yang mendalam kepada pemikiran, wawasan dan yang penting perwatakannya. Ketokohan, keilmuan dan keperibadian Syeikh Ahmad al Banna diwarisi oleh Hassan al Banna.

Berdasarkan kepimpinannya, Hassan al Banna adalah pemimpin yang bijak mengatur organisasi. Ikhwan Muslimin disusun dalam tiga peringkat iaitu memperkenalkan Ikhwan dan menyebarkan dakwah asas melalui ceramah serta kegiatan kebajikan. Kemudian membentuk keperibadian anggota agar bersedia menjalani jihad, seterusnya melaksanakan cita cita perjuangan dengan tegas.

Pada 12 Februari 1949 jam 5 petang, Hasan al Banna dijemput untuk berunding di Pejabat Jam'iyyah al-Syubban al Muslimin. Ketika baru sahaja menaiki teksi untuk pulang, dua orang yang tidak dikenali menerpa ke arah teksi dan salah seorang daripada mereka terus melepaskan tembakan pistol. Walaupun terkena tujuh tembakan, Hasan al-Banna masih mampu berjalan masuk semula ke pejabat Jam'iyyah al Syubban al-Muslimin memanggil ambulans untuk membawa mereka ke hospital.

Pada pukul satu pagi pihak polis menyampaikan berita kematian kepada ayah Hasan al-Banna dengan dua pilihan: Pihak polis akan menghantarkan jenazah ke rumahnya untuk beliau menjalankan urusan pengebumian pada jam sembilan pagi tanpa sebarang perhimpunan, jika tidak menerima tawaran pertama itu, pihak polis sendiri terpaksa membawa jenazah dari hospital ke kubur tanpa beliau melihat jenazah anaknya itu.

Ayah Hasan al Banna menerima pilihan yang pertama. Sebelum fajar menyingsing, jenazah as-Syahid dibawa ke rumahnya di Hilmiah al-Jadid dengan sebuah kereta yang dikawal rapi oleh polis yang lengkap bersenjata. Di sekitar rumahnya juga terdapat polis dan tentera berkawal dengan rapi. Mereka tidak membenarkan sesiapa pun menghampiri kawasan tersebut. Jenazah Almarhum dibawa masuk ke rumahnya secara tidak ada orang yang melihatnya dan tidak ada yang mengetahui masa ketibaannya.

Sheikh Ahmad Abdur Rahman, ayah Hasan al-Banna yang sudah berusia lebih 90 tahun itu dengan penuh kesabaran memandikan dan mengapankan jenazah anaknya yang baru berusia 43 tahun itu seorang diri. Setelah diletakkan ke atas pengusung, beliau memohon pihak polis mencari beberapa orang untuk mengusungnya. Tetapi pihak polis menjawab, biarkanlah orang-orang perempuan tolong mengusungnya.

Sejak pembunuhan terhadap Hassan al Banna, ramai pendukung Ikhwan Muslimin yang telah ditindas dan dizalimi. Namun tindakan tindakan tersebut menyebabkan pertubuhan itu bukan sahaja semakin bertambah kuat di Mesir, malah telah mengembangkan sayapnya di negara-negara Arab. Kebangkitan Islam yang berlaku di negara Arab pada hari ini sebenarnya secara tidak langsung bertitik tolak dari Gerakan Ikhwan Muslimin,

Tegasnya, Hasan al-Banna merupakan seorang pejuang yang gigih dan berani, berjaya menyedarkan masyarakat dengan fikrah dan pendekatan barunya dalam gerakan dakwah dan manhaj tarbiahnya yang syumul. Walaupun beliau telah pergi menemui Ilahi, namun fikiran dan gerak kerjanya masih menjadi rujukan dan pegangan pejuang pejuang dan harakah Islamiah pada hari ini.