Tuesday, August 2, 2011


Alhamdulillah. Kita sudah sampai ke fasa ramadhan yang mulia ini. Sehubungan dengan itu, TANZIM FIFA mengucapkan SELAMAT MENEMPUH RAMADHAN DENGAN PENUH KEIMANAN DAN KETAQWAAN. 

   :  قال رسول الله  صلى الله عليه وسلم
من قام رمضان ايمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Saya telah mendengar sabda Rasulullah s.a.w. mengenai Ramadan: Sesiapa yang mendirikan sembahyang (Tarawih) dalam bulan itu dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu.


Kita lihat apa kata-kata sahabat-sahabat kita di FIFA:)


JOM TARGET QURAN RAMADHAN!
Bagi sahabat2 yang berminat & menyintai Kalaamullah:
------------------------------​--------------------
*Setiap kali sebelum/selepas solat 5 waktu, baca al-Quran 4 muka surat.
*Setiap hari bermakna: 4(m/s) X 5(waktu solat) = 1 juzuk.
*Satu bulan Ramadhan bermakna: 1(juzuk) X 30(hari) = Khatam 30 juzuk.
*Aidilfitri + Majlis Khatam Al-Quran = Kan indah :)
najat nabihah


Salam ramadhan kareem dari bumi suci mekah, Kekuatan ramdhan adalah pengampunan dosa sehingga ke Ramadhan seterusnya- ahmad syihan

sempena ramadhan ini, jadilah hamba yang menghambakan diri kepada Allah. bukan kepada ramadhan semata-mata.. salam ramadhan semua :) ramadhan kareem.- siti nabilah adnan

"Puasa itu benteng, bila seseorang diantara kamu berpuasa, hendaklah ia tidak berkata kotor dan berlaku jahil. Bila ada seseorang yang memaki dengan kata-kata dan hendak diserang hendaklah ia berkata: "sesungguhnya aku berpuasa". (HR Abu Daud dan Bukhari)- akmal sairan


Moga amal ibadat yang dilakukan bukan bermusim sahaja, bahkan berpanjangan selama mana kita hidup di atas muka bumi ini....Syukran
    

No comments: