Wednesday, July 4, 2012


NISFU SYAABAN YANG PENUH BARAKAH. GRAB IT BEFORE YOU LOST IT! 

JOM TGK ADA APA DGN NISFU SYAABAN NI^^
Fadhilat Syaaban
Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan.
Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.
Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah:
* Memperbanyakkan puasa sunat
Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa Rasulullah SAW lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain.
Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini.
Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."
* Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah SAW
Sabda Rasulullah SAW: "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)
* Bertaubat
Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."
Peristiwa-peristiwa penting di Bulan Syaaban
1. Malam Nisfu Syaaban
Dari Abi Hurairah ra dari Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya : "Telah datang Jibril as pada malam Nisfu Syaaban dan dia berkata, Ya Muhammad, pada malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat dibuka, maka berdirilah dan kerjakan sembahyang lalu angkatlah kepalamu dan kedua tanganmu ke langit!" Kata saya (Nabi Muhammad SAW): "Hai Jibril, apakah erti malam ini ?" Dia (Jibril) menjawab: "Pada malam ini telah dibuka 300 pintu rahmat, maka Allah telah mengampuni orang-orang yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu kecuali ahli sihir, bomoh hitam, orang-orang yang suka permusuhan/pergaduhan, peminum arak, orang-orang yang berbuat zina, pemakan riba, orang-orang yang derhaka kepada kedua orang tua, orang-orang yang suka mengadu domba (batu api) dan orang-orang yang memutuskan tali persaudaraan, maka sesungguhnya mereka itu tidak akan diampuni kesalahannya sehingga mereka mahu bertaubat dan tidak akan mengulang lagi atas perbuatannya itu."
Maka pergilah Nabi Muhammad SAW untuk mengerjakan sembahyang serta menangis di dalam sujudnya dengan membaca: "Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari seksaMu dan murka Mu dan aku tidak menghitung-hitung pujian kepadaMu, sebagaimana Engkau memuji kepadaMu sendiri, maka segala puji bagiMu sehingga Engkau redha." Dipetik dari Kitab Zubdatul Wa'idzin.
2. Penukaran Arah Kiblat
Pada awal diwajibkan perintah solat kepada umat Islam, Rasulullah SAW dan para sahabat berkiblatkan Baitul Muqaddis. Ini telah menjadi satu kontroversi pada waktu itu.
Umat Yahudi telah mendakwa bahawa agama mereka adalah benar dan diredhai oleh Allah SWT kerana umat Islam telah meniru arah ibadat mereka iaitu menghadap Baitul Muqaddis.
Umat Islam telah ditohmah dengan berbagai-bagai tohmahan dan ujian. Para Sahabat RA telah mengadu kepada Rasulullah SAW dan Rasulullah SAW menyuruh mereka agar terus bersabar dengan ujian itu sehinggalah ada perintah baru dari Allah SWT.
Allah SWT Maha Mengetahui dan Maha Mendengar tentang apa yang berlaku pada ketika itu. Allah SWT telah mewahyukan agar Rasulullah SAW mengadap ke Baitullah Kaabah.
Sebahagian ulama sirah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW menerima wahyu perintah mengadap Baitullah pada 15 Syaaban semasa beliau mengimamkan solat.
Sebahagian ulamak mengatakan pada solat Asar, ada yang mengatakan Maghrib dan ada yang meriwayatkan pada solat Isya'. Rasulullah SAW sebagai imam terus mengadap ke Baitullah dan diikuti oleh para sahabat sebagai makmum.
3. Peperangan Bani Mustaliq (Muraisi')
Bani Mustaliq ialah salah satu puak dari kaum Yahudi. Mereka telah merancang untuk membunuh Rasulullah SAW dan berita ini disampaikan kepada Rasulullah SAW oleh seorang sahabat dari puak badwi.
Peperangan ini adalah turutan dari peperangan bani Quraizah, kaum yahudi yang telah dihalau oleh Rasulullah SAW keluar dari Madinah.
Peristiwa ini terjadi pada bulan Syaaban, 5H. Pasukan kaum muslimin dapat melumpuhkan pasukan Bani Mustaliq.
Sebagian pasukan Bani Mustaliq ada yang ditawan, termasuklah salah seorang puteri pemuka Bani Mustaliq yaitu Barrah, yang nama lengkapnya adalah Barrah binti al-Harris bin Dirar bin Habib bin Aiz bin Malik bin Juzaimah Ibnu al-Mustaliq. Al-Harris bin Dirar, ayah Barrah adalah pemimpin Bani Mustaliq.
Barrah telah menjadi tawanan perang milik Sabit bin Qais. Disebabkan Barrah ini seorang perempuan yang cerdik, ia meminta untuk dibebaskan dari Sabit bin Qais, setelah diadakan pembicaraan, Sabit bin Qais meminta tebusan yang mahal.
Tetapi, Barrah waktu itu langsung menemui Rasulullah SAW untuk membicarakan masalah tebusan bagi dirinya.
Kemudian Rasulullah SAW pada waktu itu menyetujui membebaskan Barrah dan menebusnya dari Sabit bin Qais dan terus menikahi Barrah dan Rasulullah SAW mengganti nama Barrah menjadi Juwairiyah.
Tindakan Rasulullah SAW ini telah memberi banyak faedah kepada umat Islam ketika itu, diantaranya ialah ramai dikalangan Bani Mustaliq yang memeluk Islam dan terpadamnya dendam permusuhan di antara umat Islam dan Bani Mustaliq.
Juwairah meninggal dunia pada tahun 56H.
Begitu besarnya fadhilat bulan Syaaban. Marilah kita sama-sama mengambil kesempatan ini untuk mengimarahkannya.
SUMBER UTAMA : Artikel iluvislam.com (tq)

Saturday, October 15, 2011

SYUKRAN TERIMA KASIH THANK YOU

In the name of Allah the Most Gracious & Most Merciful..


Kami dari tanzim FIFA Gen-5 2011/2012 ingin mengucapkan ribuan terima kasih pada 
semua ahli tanzimFIFA Gen-5 2010/2011 kerana sentiasa memberi tunjuk ajar dan 
nasihat pada tanzim baru.Kami sentiasa mengharapkan tunjuk ajar daripada anda semua kerana andalah sifu kami :)


Kepada rakan-rakan FIFA Gen-5, jutaan terima kasih diucapkan kerana memilih kami 
ahli-ahli tanzim baru. Jika terdapat sebarang masalah atau nasihat atau cadangan sila berhubung 
dengan kami :).


Semoga kita sentiasa sukses dunia & akhirat. Allah itu Maha Besar ~


-KITA MERANCANG, ALLAH JUGA MERANCANG, 
DAN PERANCANGAN ALLAH ITU LEBIH BAIK ( Al-Imran: 54 )-

Friday, October 14, 2011

AHLI TANZIM BARU 2011/2012

AMIR: AKMAL SAIRAN
NAIB AMIR: FARHAN ASHARI
AMIRAH: SITI ZULAIKHA MOKHTAR
SETIAUSAHA : SITI SYAHERA MOHAMAD AZEMAN
BENDAHARI: SAIDAH NAFISAH RAZALI

LUJNAH PEMBANGUNAN INSAN: KHAIRUL ANUAR
                                                             AFIFAH MOKHTAR

LUJNAH AKADEMIK: ABDUL HAKAM MOHD YUSOFF
                                      UMMU SALAMAH AHMAD

LIJNAH SUKAN DAN REKREASI: SAIFUDDIN HAMIDZI
                                                           NIK NUR FARAHIN NIK ZULKIFLI

LUJNAH KEBAJIKAN: MUHAMAD ALHANIF 
                                       SITI NABILAH BINTI ADNAN

LUJNAH KEUSAHAWANAN: NAZIRUL HAFIZ SAILAL
                                                   SA'IDAH SAMSO ANUAR

LUJNAH MULTIMEDIA: MOHD KHAIRI
                                          NOR ALIA DIANA BINTI KHOLIL

                                       

Monday, August 15, 2011

EVALUASI STANDARD TAQWA DALAM RAMADHAN



15 Hari Ramadhan telah berlalu. Terasa cepat masa memotong kita.

Teringat pula pepatah arab:


الوقت كالصيف إن لم تقطعه قطعك

Firman Allah Taala dalam Al-Quran:

والعصر إن الإنسان لفي خسر إلا الذين ءامنوا وعملول الصالحات وتوا صوا بالحق وتوا صوا باصبر

Kita cuba nak recheck atau muhasabah diri setelah berlalunya 15 hari ramadhan. Adakah matlamat taqwa itu berjaya digapai atau gagal dicapai?

Firman Allah Taala berkenaan puasa dalam bulan Ramadhan:

يأيها الذين ءامنوا كتب عليكم الصيام كما كتب على الذين من قبلكم لعلكم تتقون


Berdasarkan kalimatain 'لعلكم تتقون' , yang bermaksud mudah-mudahan kamu bertaqwa itulah kita ambil sebagai natijah yang sepatutnya menjadi target kita dalam bulan ramadhan ini.
Standard taqwa mampu dicapai berdasarkan 4 aspek:

1. AQIDAH
2. IBADAH
3. AKHLAK
4. ILMU

AQIDAH

Jika kita lihat balik dalam hari-hari yang berlalu sepanjang ramadhan, adakah kita merasakan diri kita ini semakin dekat dengan Allah SWT? Lazimnya apabila Ramadhan menjengah, kita mula merasa akan kesyahduan iman yang terbit dari lubuk hati, mula merasa diri diperhatikan Allah.

Bukan itu sahaja, malah keimanan terhadap Nabi dengan mengamalkan sunnah Baginda turut mekar pada bulan yang mulia ini. Sebagai contoh hadis Nabi mengenai sahur:


Kita cuba mengikut Sunnah Nabi dengan bersahur. lebih cantik lagi, kita bersahur dengan tamar seperti yang selalu dilakukan oleh Nabi. Mengikut sunnahnya, menunjukkan kecintaan kita terhadap Baginda.

IBADAH

Ibadah seseorang diterima berdasarkan niat individu itu sendiri. Cuba kita bermuhasabah, adakah ibadah yang kita kerjakan masih bertahan sehingga masuknya 15 Ramadhan? Atau 'terkulai' di tengah jalan?

Apakah syarat-syaratnya ibadah kita diterima oleh Allah swt?

Syarat PERTAMA:
Ikhlas kerana Allah Taala  

Firman Allah dalam Al-Quran:

إن صلاتي ونسكي ومحياي ومماتي لله رب العالمين

Setiap hari kita menyebut kalimah-kalimah ini dalam solat kita. Sedar tak sedar kita telah mengaku bahawa kita telah serahkan segalanya padaNya.

Syarat KEDUA:
Setiap amalan yang dilakukan tidak bercanggah dengan syarak

عن ابي هريرة رضي قال ، عن النبي (ص) قال : تركت فيكم امرين لن تضلوا ما ان تمسكتم بهما : كتاب الله و سنة نبيه ( رواه مالك )

Amalan yang tidak bercanggah dengan syarak bermaksud amalan-amalan tersebut tidak lari 
.daripada apa yang terkandung dalam al-Quran sunnah

AKHLAK
  .Ramadhan mengajar kita basic akhlak 
 ,Ramadhan mengajar kita rajin bersedekah
,Ramadhan mengajar kita sabar
.Ramadhan mendidik kita supaya taat kepada kedua ibubapa

,Jikalau kita masih tak lulus ujian akhlak dalam ramadhan
apatah lagi akhlak kita di luar ramadhan...renung-renungkan
حاسبوا أنفسكم!
!nilailah diri kamu

ILMU


Diriwayatkan Rasulullah dalam satu hadis kepada Abu Dzar bahawa pergi mengajarkan satu bab ilmu pengetahuan itu lebih baik dari solat seribu rakaat
hadis riwayat ibn majah-

.Fadhilat ibadah lebih baik dari fadhilat ilmu berdasarkan dalil ini
   .Terdapat masjid atau surau yang menganjurkan majlis ilmu di antara solat sunat tarawikh Hal ini patut dipuji kerana mereka sedar akan kepentingan menuntu ilmu itu sendiri

طلب العلم فريضة على كل مسلم

.Kesimpulannya segala amalan bergantung kepada niat
.Kita nak dapat segulung ijazah taqwa pada malam raya nanti
 Dan kesan taqwa itu adalah bermula pada 1 syawal dan 11 bulan berikutnya


NUKILAN
ADMIN

Tuesday, August 2, 2011


Alhamdulillah. Kita sudah sampai ke fasa ramadhan yang mulia ini. Sehubungan dengan itu, TANZIM FIFA mengucapkan SELAMAT MENEMPUH RAMADHAN DENGAN PENUH KEIMANAN DAN KETAQWAAN

   :  قال رسول الله  صلى الله عليه وسلم
من قام رمضان ايمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Saya telah mendengar sabda Rasulullah s.a.w. mengenai Ramadan: Sesiapa yang mendirikan sembahyang (Tarawih) dalam bulan itu dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu.


Kita lihat apa kata-kata sahabat-sahabat kita di FIFA:)


JOM TARGET QURAN RAMADHAN!
Bagi sahabat2 yang berminat & menyintai Kalaamullah:
------------------------------​--------------------
*Setiap kali sebelum/selepas solat 5 waktu, baca al-Quran 4 muka surat.
*Setiap hari bermakna: 4(m/s) X 5(waktu solat) = 1 juzuk.
*Satu bulan Ramadhan bermakna: 1(juzuk) X 30(hari) = Khatam 30 juzuk.
*Aidilfitri + Majlis Khatam Al-Quran = Kan indah :)
najat nabihah


Salam ramadhan kareem dari bumi suci mekah, Kekuatan ramdhan adalah pengampunan dosa sehingga ke Ramadhan seterusnyaahmad syihan

sempena ramadhan ini, jadilah hamba yang menghambakan diri kepada Allah. bukan kepada ramadhan semata-mata.. salam ramadhan semua :) ramadhan kareem.- siti nabilah adnan

"Puasa itu benteng, bila seseorang diantara kamu berpuasa, hendaklah ia tidak berkata kotor dan berlaku jahil. Bila ada seseorang yang memaki dengan kata-kata dan hendak diserang hendaklah ia berkata: "sesungguhnya aku berpuasa". (HR Abu Daud dan Bukhari)akmal sairan


Moga amal ibadat yang dilakukan bukan bermusim sahaja, bahkan berpanjangan selama mana kita hidup di atas muka bumi ini....Syukran