Monday, May 10, 2010

......

JOM STADI AQIDAH...HE2

DIRI ANDA KAUNSELOR TERUNGGUL

Saudara Nisar Mohamad Ahmad,27 tahun, mungkin teman-teman di USIM dan rakan-rakan sebaya dengannya kenal akan insan terbilang ini namun ramai juga yang belum tahu akan rahsia tersirat pemuda ini. Saya sempat bertemu dengan beliau semasa beliau kembali ke Malaysia selepas tamat pengajian Master di Exeter University, UK pada tahun 2006. Namun tidak lama kemudian, beliau terbang semula ke UK untuk meneruskan pengajian dalam bidang Undang-Undang dan bakal pulang sebagai seorang Doktor Falsafah Undang-Undang sebelum mencecah usia 30 tahun. Kini, Nisar merupakan seorang Tutor di Fakulti Syariah & Undang-Undang USIM dan juga merupakan belas pelajar USIM dan Pemegang Anugerah Diraja pada Konvokesyen USIM kali ke-4.

Selain daripada bijak dan cemerlang dalam pelajaran, Nisar juga merupakan seorang pemimpin mahasiswa serta pernah menjadi Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar USIM sesi 2002-2003 & 2003-2004 (2 tahun berturut-turut). Selain itu juga, beliau sangat aktif dalam bidang penulisan artikel dan seorang pendebat B.Inggeris USIM. Walaupun saya tidak pernah “sezaman” pengajian dengan Nisar namun nama beliau masih lagi kedengaran tentang potret kecemerlangan kepimpinan beliau.
Kejayaan beliau ini telah merubah panorama mentaliti mahasiswa USIM untuk menolak pendapat yang mengatakan jika aktif dalam dunia kokurikulum maka akan merosot pencapaian akademiknya. Waima, saya juga tidak ketinggalan menjadikan beliau sebagai mentor kepada saya dalam soal kepimpinan & akademik.
Lantas, saya tertanya-tanya apakah resipi yang beliau gunakan untuk berjaya ke tahap ini ? Beliau menjadikan dirinya sendiri sebagai “kaunselor dan motivator” untuk melangkah kehadapan. Setiap hari beliau akan perbaharui niat, memotivasikan diri sendiri dan membakar semangat diri untuk melakukan sesuatu walaupun ia dalam keadaan sukar.
Ya, jika ini sudah ada nescaya anda tidak perlukan motivator khas untuk merubah diri anda atau kaunselor berbayar tetapi cukup dengan kuasa hijrah dalam diri anda. Penceramah atau orang lain hanya mampu “merangsang” diri kita untuk berubah tetapi kita yang menentukan serta membuat perubahan itu. Sebesar manapun orang buka mulut anda untuk suapkan makanan tetapi anda tidak mahu menelannya ia tidak juga berguna. –www.haririridaud.wordpress.com-
Kata seorang penulis hebat, “Dan saya tidak nampak, apa motivasi yang terbaik dalam samudera kehidupan ini, selain merapat kepada Ilahi. Pada saya, itulah dia motivasi kehidupan yang hakiki.”
Tidak terlewat rasanya memberi nafas baru kepada diri kita ke arah memasuki semester baru kerana

“ Barangsiapa yang hari ini dia lebih baik dari semalam, maka dia dari kalangan mereka yang beruntung. Barangsiapa yang hari ini dia sama seperti semalam, maka dia dari kalangan yang rugi. Barangsiapa yang hari ini dia, lebih teruk dari semalam, maka dia di kalangan orang yang celaka” Mafhum Hadith Rasulullah SAW.