Friday, January 29, 2010

Anak Singa..



Pemuda-pemuda Islam generasi ini,
Ibarat anak singa……

Anak singa yang dididik supaya berlembut dan tunduk kepada syahwat….
Anak singa yang diajar mengikut hawa nafsu serakah……
Anak singa yang karam dalam kerseronokan….
Anak singa yang tenggelam dalam hiburan dan kemewahan hidup….
Anak singa yang menjadi mangsa sistem pendidikan jahiliyah dan taghut…

Anak singa ini,
Akhirnya menjadi kijang pengecut,
Yang tidak lagi mampu menerkam….
Kijang-kijang ini tidak lagi mahu memikul apa-apa tanggungjawab,
Dan sentiasa cuba melarikan diri seboleh-bolehnya…!
Mereka diperhambakan dan dipenjarakan,
Lalu mereka bergembira.
Namun,
Di celah-celah kijang pengecut….
Masih ada anak singa yang diasuh menjadi singa sejati…

Anak singa ini didik menjadi singa-singa Islam,
Anak singa ini diajar supaya mengikut jejak langkah singa-singa Islam,
Dari kalangan para ulama’, ahli zuhud dan para pejuang Islam abad pertama…
Anak singa ini yang dahulunya tertidur,
Kini sudah terjaga dari tidurnya…
Yang sedia menerkam segenap penjuru jahiliyah dan taghut…
Yang bersedia untuk mencalar dan mencakar musuh – musuh Islam,
Yang bersedia untuk meroboh tiang tirani yang memenjara…
Lalu membebaskan diri daripada perhambaan kepada sang penakluk,
Menuju perhambaan kepada Rabbnya yang satu……

Kerana anak singa ini ….
Kini sudah tahu menggunakan kekuatan kuku dan taringnya yang tajam,
Untuk merobek segala kepalsuan jahiliyyah yang ditanam sekian lama….
Kerana anak singa ini…..
Kini sudah tahu menggunakan pandangannya yang bersinar lagi tembus,
Untuk menyaksikan luka-luka umat yang amat memeritkan dalam dunia Islam
kini….

Kerana anak singa ini….
Kini juga sudah tahu menggunakan otot-otot dan kakinya yang gagah,
Untuk maju memimpin gerombolan anak-anak singa Islam yang berani…
Anak-anak singa ini kan terus mara,
Demi mengejutkan anak-anak singa lain yang masih tidur,
Dan menukarkan kembali kijang pengecut kepada anak –anak singa…
Anak-anak singa ini kan terus bersama,
Demi mempertahan dan menghidupkan kembali,
Kisah singa Islam yang kian terpadam berabad alam…
Dengan ngauman Allahu Akbar!!

Nukilan ummu_ayyash

Wednesday, January 27, 2010

Asmaul Husna.....kini di FEM!


Salam ukhwah....salam 1Malaysia!

Kita sedia maklum bahawa nasyid Asmaul Husna telaha lama dinasyidkan dikalangan pelajar Fiqh dan Fatwa...Mula diamalkan sejak Tamhidi Syariah dan Undang-Undang 2008. Apabila nasyid ini dialunkan, saya pasti kebanyakan daripada kita mengimbau kembali kenangan silam semasa zaman persekolahan yang sudah lama kita tinggalkan....

Mengapa saya timbulkan isu asmaul husna? Kini asmaul husna bukan sahaja diamalkan dikalangan pelajar Fiqh dan Fatwa Tahun 1 2010, malah di Fakulti Perakaunan dan Muamalat (FEM). Masih ingat lagi apabila Puan Mariam Saidona Tagoranao bertanya kepada kami (pelajar Fiqh dan Fatwa), adakah hanya kuliah kami yang mengalunkan nasyid asmaul husna pada kuliah pagi? Jawab aje la yee..... (sebenarnya dok pakat x taw)

Rupa-rupanya, Puan Mariam menceritakan hal tersebut kepada student FEM... mereka bercadang untuk mengikut jejak langkah student Fiqh dan Fatwa....Alhamdulilah...insyaAllah, kami akan slalu cuba upgrade mutu nasyid Asmaul Husna...dari segi penghayatan dan sebagainya....mudah-mudahan Allah permudahkan...Amin...wallahu a'lam...