Tuesday, December 7, 2010

SUBJEK SEMESTER 4

SALAM SEMESTER 4.
BERIKUT IALAH SENARAI MAWAD YANG AKAN DITEMPUHI OLEH MAHASISWA FIQH FATWA GENERASI LIMA (FIFAGEN5) PADA SEMESTER KEEMPAT:

1. LBA2083: FIQH AL-MUNAKAHAT.(3)
2. LAA2053: AL-AHWAL AL-SYAKHSIYYAH (family law).(3) 
3. LCA2033: MABAHITH ADILLAT AL-AHKAM.(3)
4. LCA3053: PENGAJIAN MALAYSIA.(3)
5. LAA2043: QAWAID FIQHIYYAH.(3)
6. LCAxxx2: ELEKTIF.(2)
7. UTA2072: PEMIKIRAN KREATIF DAN PENYELESAIAN MASALAH.(2)
8. UTA2082: PENGAJIAN HALAQAH.(*)
SEMUA SEKALI: 19 JAM KREDIT SAHAJA.

SEMOGA DALAM MUSIM CUTI INI BOLEH DIMANFAATKAN UNTUK MEMBUAT SEMAKAN AWAL PADA MAWAD YG TERSEBUT (khususnya kegemaran anda semua).

SELAMAT BECUTI!


-FIFAGEN5 (FACEBOOK)

Monday, November 15, 2010

memori bersama~takkan ku lupakan



Satu Tekad



Berikan ku sebaris kata
Untuk ku susuri jalan gelita
Mentera keramat kata pujangga
Azimat yang bermakna
Di depan simpang bercabang tiga
Tak tahu mana satu arahnya
Kanan kiri manusia berdusta
Mungkir pada yang Esa
Mungkin ku bukan watak utama
Dalam pentas lakonan dunia
Bimbang juga ku turut sama
Pastinya aku yang binasa
Berikan aku pedoman
Arah mana jalan kehidupan
Untukku teruskan pengembaraan
Tak rebah dan tak tersalah langkah
Tunjukkan aku kawan
Simpang mana arah kejayaan
Timur, utara juga selatan
Atau arah matahari terbenam
"Bersama menyusuri jalan
Para rasul nabi junjungan
Menuju ke puncak gemilang terbilang
Iman di dada mengiring langkah"

Wednesday, November 3, 2010

HIKMAH DAKWAH DENGAN SABAR

Nasihat y berguna ntk dikongsi bersama rakan2. Kerana sesungguhnya jalan DAKWAH bukanlah sesuatu y mudah....


Dakwah Solat
www.iluvislam.com
Oleh : Syazwani Abd Rahim
Editor: Isyrak


Tersebutlah kisah di sebuah tempat di salah sebuah Negara Arab. Terdapat seorang pemuda yang sangat liat untuk mendirikan solat. Malah dia tidak mendirikan langsung solat lima waktu. Seorang diri pun berat, apatah lagi secara berjamaah. Setiap kali ada ulama yang berkunjung ke tempat mereka, seringkali jugalah penduduk setempat mengadu kepada ulama yang datang bertandang berkenaan sikap pemuda tersebut.


Berkali-kali diberikan nasihat namun sedikitpun tidak memberikan apa-apa kesan kepada anak muda ini. Malah makin menjadi-jadi.

“Awak wajib mendirikan solat lima waktu. Solat merupakan tiang agama kita”, kata salah seorang pendakwah kepada pemuda tersebut.

“Emm..insyaAllah kalau saya rajin saya akan buat ye”, jawab pemuda tersebut secara sinis.

Begitulah seterusnya. Sehinggalah datang seorang ulama daripada al-Azhar al-Syarif bertandang ke tempat mereka. Aduan yang sama diberikan. Setelah mendengar dengan teliti aduan para penduduk. Maka Ulama ini berkenan untuk bertemu dengan pemuda ini.

“Syeikh pun nak tegur saya juga? Nak suruh saya dirikan solat lima waktu?” , sindir pemuda ini bila melihat ulama tersebut datang bertamu ke rumahnya.

Ulama tersebut sambil tersenyum menjawab “Sekadar ingin berkenalan. Tiada langsung niat saya ingin memaksa kamu seperti yang kamu sebutkan”.

Pertemuan pertama berjalan dengan lancar. Langsung tidak disentuh oleh ulama tersebut berkenaan solat. Perkara yang dilaksanakan hanyalah sekadar merapatkan tali silaturrahim. Bincang tentang pekerjaan, tempat tinggal, sara hidup dan lain-lain.

Pemuda tersebut begitu senang dengan perlakuan Syeikh. Tanpa sedar terselit rasa kagum pada seorang tua berjubah tersebut. Tidak seperti yang selalu datang bertemu dengannya. Setiap kali duduk, terus memberikan peringatan dan dalil-dalil tentang haramnya meninggalkan solat.

Akhirnya pemuda ini pula datang berkunjung ke tempat penginapan Syeikh. Maka semakin bertambah mesra pergaulan mereka. Begitulah keadaan seterusnya, Syeikh tetap tidak pernah menyentuh tentang solat. Sehinggalah tiba satu hari, Syeikh memberitahu bahawa beliau akan berangkat pulang ke Mesir. Ini kerana tugas yang diberikan oleh pihak al-Azhar di tempat tersebut telah selesai. Pemuda itu datang bertemu Syeikh. Rasa sedih akan berpisah dengan seorang ulama menyentak-nyentak jiwanya.

Sebelum berpisah, Syeikh memeluk Ahmad seraya berkata dengan lembut “Ahmad, aku ada mendengar suara-suara mengatakan bahawa engkau tidak pernah bersembahyang. Betulkah begitu?” Tersentak Ahmad bila mendengar pertanyaan daripada Syeikh tersebut.

“Memang benar wahai tuan Syeikh. Bukan aku tidak mengetahui bahawa ianya wajib cuma sikap malas yang ada padaku inilah yang menghalang untukku melakukannya”, jawab Ahmad memberikan alasan.

“Baiklah, kalau begitu, bolehkah kamu tunaikan permintaanku sebelum aku berangkat pulang?”

“Permintaan apa itu wahai tuan?”

“Kamu pilih solat mana yang paling ringan untuk kamu dirikan. Satu pun sudah memadai. Boleh?” Tanya Syeikh kepada Ahmad.

Terkejut Ahmad mendengar pertanyaan Syeikh. Belum pernah dia dengar solat boleh dipilih-pilih untuk disempurnakan.

“Bolehkah begitu wahai tuan Syeikh?” Tanya Ahmad penuh keraguan.

“Boleh tapi hanya untuk kamu sahaja”, Jawab Syeikh sambil tersenyum.

“Baik, dulu kamu pernah ceritakan kepadaku bahawa kamu berkerja sebagai petani bukan? Dan kamu juga sering bangun awal pagi untuk ke kebunmu. Bukankah begitu Ahmad?” Tanya Syeikh kepada Ahmad.

“Benar Tuan Syeikh”

"Kalau begitu aku cadangkan kepadamu, alang-alang kamu telah bangun setiap awal pagi, apa kata jika kamu basahkan sedikit sahaja anggota tubuhmu dengan wudhuk dan terus selepas itu dirikan solat subuh dua rakaat. Dua rakaat sahaja, rasanya tidak terlalu berat bukan?” Syeikh memberikan cadangan kepada Ahmad.

Ahmad tanpa banyak bicara terus menerima cadangan Tuan Syeikh. Perasaan serba salah menyelinap jiwanya jika dia menolak permintaan syeikh tersebut yang terlalu rapat dengannya.

“Janji denganku Ahmad yang kamu tidak akan meninggalkan sekali-kali solat subuh ini di dalam hidupmu. InsyaAllah tahun depan aku akan berkunjung lagi ke sini. Aku berharap agar dapat bertemu denganmu di Masjid setiap kali solat subuh tahun hadapan. Boleh ya Ahmad? Syeikh memohon jaminan daripadanya.

“Aku berjanji akan menunaikannya”. Maka dengan senang hati Tuan Syeikh memohon untuk berangkat pulang ke Mesir. Di dalam hatinya, memohon agar Allah memberikan kekuatan kepada Ahmad untuk melaksanakan janjinya.

Tahun berikutnya, setelah Tuan Syeikh sampai di tempat tersebut, beliau benar-benar gembira apabila melihat Ahmad benar-benar menunaikan janjinya. Namun menurut penduduk setempat, Ahmad hanya solat subuh sahaja. Solat yang lain tetap tidak didirikan. Tuan Syeikh tersenyum. Gembira dengan perubahan tersebut.

Suatu pagi setelah selesai menunaikan solat subuh secara berjemaah di Masjid. Syeikh memanggil Ahmad. Seraya bertanya, “Bagaimana dengan janjimu dulu Ahmad. Adakah ada terdapat hari yang engkau tertinggal menunaikan solat subuh?” Ahmad menjawab dengan yakin, “Berkat doamu tuan Syeikh, Alhamdulillah sehari pun aku tidak ketinggalan solat jemaah subuh di masjid ini.”

“Alhamdulillah, bagus sekali kamu. Engkau benar-benar menunaikan janjimu.”

“Mudah sahaja rupanya tunaikan solat ini ya Tuan”.

“Perkara yang kamu lakukan tanpa paksaan pasti akan kamu rasakan mudah sekali. Yang penting jangan rasakan ianya suatu paksaan. Tetapi anggap ianya suatu kegemaranmu. Seperti kamu berkebun. Tiada yang memaksa, tetapi disebabkan minatmu yang mendalam terhadap kerja-kerja itu, maka tanpa disuruh kamu akan melaksanakannya bukan?” Syeikh menerangkan kepada Ahmad.

“Benar apa yang tuan katakan. Perkara yang kita lakukan dengan minat, tanpa dipaksa pun akan kita laksanakan.”

“Ahmad, kamu habis bekerja pukul berapa ya?” Tanya Syeikh kepada Ahmad.

“Ketika azan Zohor aku berhenti untuk makan, kemudian aku sambung kembali kerja sehingga hampir Asar.”

“Pasti kamu bersihkan sedikit dirimu bukan? Membasuh tangan dan kaki untuk duduk menjamah makanan? Benar Ahmad?” Tanya Syeikh meminta kepastian.

“Ya benar Tuan.”

“Kalau begitu, apa pendapatmu jika aku mencadangkan agar engkau lebihkan sedikit basuhanmu itu. Terus niatkan ianya sebagai wudhuk. Selesai makan, terus dirikan solat zohor empat rakaat. Sekadar empar rakaat tidak lama rasanya bukan? Takkan terjejas tanamanmu agaknya?” Kata Syeikh berseloroh kepada Ahmad.

Ahmad tertawa dengan gurauan Tuan Syeikh. “ betul juga apa yang disebutkan oleh tuan. Baiklah mulai hari ini saya akan cuba laksanakannya”.

Jauh disudut hati Syeikh berasa sangat gembira dengan perubahan yang berlaku kepada Ahmad. Setelah selesai kerja Syeikh di tempat tersebut. Beliau berangkat pulang ke Mesir. Beliau berjanji untuk datang semula pada tahun hadapan.

Begitulah keadaannya Ahmad. Setiap tahun Syeikh bertandang, maka setiap kali itulah semakin bertambah bilangan solat yang dilakukan. Kini masuk tahun ke lima Syeikh bertandang ke tempat tersebut.

Ahmad seperti biasa hanya mendirikan solat empat waktu kecuali Isya’. Selesai menunaikan solat Maghrib. Terus beliau berangkat pulang ke rumah.

Suatu hari semasa Tuan Syeikh melihat Ahmad hendak berangkat pulang setelah menunaikan solat Maghrib berjemaah. Terus beliau memanggil Ahmad.

“Bagaimana dengan kebunmu Ahmad? Bertambah maju?” Syeikh memulakan bicara.

“Alhamdulillah, semakin bertambah hasilnya Tuan”

“Baguslah begitu. Aku sentiasa doakan hasilnya semakin bertambah.” Doa Tuan Syeikh kepada Ahmad.

“Ahmad, aku ingin bertanya kepadamu sebelum engkau pulang. Cuba engkau perhatikan dengan baik. Apa lebihnya kami yang berada di dalam masjid ini berbanding kamu? Dan Apa kurangnya kamu berbanding kami yang berada di dalam masjid ini?”

Ahmad tunduk sambil memikirkan jawapan yang patut diberikan.

“Lebihnya kamu semua adalah kerana kamu mendirikan solat Isya’, sedangkan aku tidak menunaikannya”.

“Baiklah, adakah kamu ingin menjadi orang yang lebih baik daripada kami semua?” Tanya Tuan Syeikh menguji.

“Sudah tentu wahai Tuan Syeikh,” jawab Ahmad dengan penuh semangat.

“Kalau begitu dirikanlah solat Isya’. Maka engkau tidak lagi kurang berbanding kami. Malah engkau akan menjadi lebih baik daripada kami” Syeikh memberikan jawapan yang cukup berhikmah kepada Ahmad.

Akhirnya, berkat kesabaran Tuan Syeikh mendidik Ahmad. Beliau berjaya menjadikan Ahmad seorang yang tidak lagi meninggalkan solat.

Lima tahun bukanlah masa yang singkat untuk memberikan dakwah sebegini. Kesabaran dan hikmah yang tinggi sangat-sangat diperlukan demi menyampaikan risalah dakwah.

Berbeza dengan kita sekarang. Sekali kita bercakap, harapan kita biar sepuluh orang berubah dalam sekelip mata. Oleh kerana itulah, bilamana orang menolak dakwah kita, kita mencemuh, mengeji dan mengatakan bahawa semua sudah lari daripada jalan dakwah. Lari daripada jalan kebenaran.

Thursday, October 21, 2010

LOGO FIFA GEN-5


Simbol f dan f terbalik (seakan2 orang bersalaman)-ff mewakili  fiqh dan fatwa dan org bersalaman menunjukkan ukhuwwah yg harus dipupuk dalam ahli jemaah fifa gen5
Simbol quran- panduan setiap ahli
Simbol bintang 5 bucu- rukun islam 5 menjadi prnsip hidup
Tulisan ‘ al-ilmu nurun- budaya ilmu dan bantu membantu dalam urusan ilmu diterap dalam kalangan ahli jemaah
Tulisan fiqh fatwa rumi+jawi –tulisan yg mnjadi tulisan rasmi
Warna coklat – (asalnye warne hijau..tapi takut orang kerajaan sakit mata..susa nk dapat sponsor nanti..hehehe)

Sorila logo ni npk cm gnas sket



Wednesday, October 20, 2010

fifa final exam schedule



SELASA 23/11/2010 12:30 PM
LAA2063 PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM 



RABU 24/11/2010 12:30 PM
QAA1022 ULUM AL-HADITH



JUMAAT 26/11/2010 03:00 PM
QAA1012 ULUM AL-QURAN

SABTU 27/11/2010 09:00 AM
LCA 2013 MABAHITH AL-HUKM


SELASA 30/11/2010 12:30 PM
LBA2013 FIQH AL-MUAMALAT



SABTU 4/12/2010 09:00 AM
LCA2023 TARIKH AL-MAZAHIB WA AL-FATAWA

AHAD 5/12/2010 09:00 AM
QAA1042 SIRAH RASUL





p/s: gud luck to all candidate's.. bittaufiq wa an-najah


Wednesday, October 13, 2010

hati sebesar cawan vs hati sebesar kolam

"Aduhai, kenapakah hidup aku selalu dirundung malang begini..?" lelaki muda itu berkeluh-kesah. Selama hidupnya, dia tak pernah merasakan ketenangan yang sebenar. Hatinya tidak pernah sepi daripada merasakan kerisauan.

Fikirnya, Tuhan tidak pernah sudi meminjamkan kedamaian hati padanya. Dia sangat cemburu apabila memandang sekeliling. Mereka bebas ketawa dan mudah tersenyum. Tapi dia? Dia hanya mampu tenggelam dalam dunia sepi dan resahnya sendiri.

Hatinya tidak mampu mengisi segala masalah yang menghimpit jiwanya. Lalu, selepas lelah dan puas berfikir, suatu hari dia melangkah longlai menuju ke hujung kampung. Niat hatinya, ingin menemui seorang lelaki tua.
Saban hari, wajah lelaki tua itu sentiasa kelihatan tenang. Damai sentiasa bertamu diwajahnya. Dia ingin sekali meminta rahsia. Lalu, dia terus berperi kepada lelaki tua tersebut.

Masalah keluh kesah dan kerisauannya didengari lelaki tua itu sambil tersenyum. Lalu dia mengajak lelaki itu ke suatu tempat iaitu ke tepi sebuah kolam yang besar sambil membawa sebiji cawan dan dua bungkus garam. Lelaki itu mengikut, walaupun hatinya sedikit hairan.

"Anak muda," lelaki tua itu bersuara.

"Ambillah cawan ini, isikanlah air dan masukkanlah sebungkus garam," ujarnya lagi. Lelaki itu yang dalam kebingungan hanya menurut.

Cawan diambil, air diisi dan garam dimasukkan. Kemudian lelaki tua itu berkata lagi.
"Sekarang kamu minumlah air tersebut," dalam bingung yang masih bersisa, lelaki itu mengikut kata lelaki tua itu.

" Apa rasanya?" tanya lelaki tua itu apabila melihat kerutan di dahi lelaki tersebut.

" Masin!"

Lelaki tua itu tersenyum lagi.

"Sekarang, kamu masukkan pula sebungkus garam ini ke dalam kolam itu. Kemudian kamu hiruplah airnya."
Lelaki tua itu menunjukkan arah ke kolam. Sekali lagi lelaki itu hanya mengikut tanpa menyoal. Air dicedok dengan kedua belah tapak tangan dan dihirup.

"Apa rasanya, wahai anak muda?" soal lelaki tua itu.

"Tawar, tidak masin seperti tadi," lelaki muda itu menjawab sambil mengelap mulut.

"Anakku, adakah kamu memahami kenapa aku meminta kamu berbuat begitu tadi?" tanya lelaki tua itu, sambil memandang tepat ke arah lelaki tersebut. Lelaki itu hanya menggeleng. Lelaki tua itu menepuk-nepuk bahu lelaki tersebut.

"Anakku, beginilah perumpamaan bagi diri kita dan masalah. Garam itu umpama masalah. Cawan dan kolam umpama hati kita. Setiap orang mempunyai masalah, ditimpa masalah dan diuji dengan masalah. Tetapi, kalau hati kita sebesar cawan, maka kita akan merasai pahitnya masalah itu, pedihnya hati kita dan keluh kesahnya kita."

"Tetapi kalau hati kita sebesar kolam, masalah tidak akan mengganggu kita. Kita masih boleh tersenyum sebab kita akan mengerti masalah bukan hadir untuk menyusahkan kita. Masalah dianugerahkan untuk kita berfikir, untuk kita muhasabah diri. Masalah dan ujian akan memberi hikmah kepada kita."

"Anakku, itulah rahsiaku. Aku sentiasa berlapang dada, aku sentiasa membesarkan jiwaku, supaya aku boleh berfikir tentang perkara-perkara lain dan masih boleh memberi kebahagiaan padaku. Aku tidak akan sesekali membiarkan hatiku kecil seperti cawan, sehingga aku tidak mampu menanggung diriku sendiri."
Maka, pada petang itu lelaki itu pulang dengan senyuman yang terukir di bibir. Dalam hati, dia berjanji akan sentiasa membesarkan jiwa dan berlapang dada.

Monday, October 11, 2010

LE TOUR DE NAHRUN - UNSUR FIFA

Unit Sukan & Rekreasi bakal mengadakan program LE TOUR DE NAHRUN. Berikut adalah butir-butirnya

TARIKH: 23-24 Oktober 2010
TEMPAT: KEM HERBA HULU LANGAT, SELANGOR
YURAN : RM 40




Program ini bukan sahaja mencabar, malah UNIT AKADEMIK FIFA berusaha menyelitkan program akademik yang sesuai...Pelajar SMSU juga dijemput menyertai program ini...JANGAN LEPASKAN PELUANG! PENDAFTARAN MASIH DIBUKA!


Kepada pelajar FIFA & SMSU yang masih belum mendaftar, boleh memberi nama anda pada AINUL KAUTHAR (TLC 2) dan MOHD RAHMAN (TLC 5). mudah-mudahan kemesraan antara kita terus bertunas subur mewangi menyemai kasih sayang!




Add caption
kolam manceng
BBQ
pokok fardhu kifayah

Thursday, September 30, 2010

SISTEM TAAKHI - UNIT AKADEMIK FIFA GEN 5

LELAKI

GROUP 1

1 1090181 MOHAMAD BASRI BIN IBRAHIM
2 1090866 AKMAL BIN SAIRAN
3 1090922 MOHD MALI BIN MOHAMAD NAIM
4 1090995 AHMAD NAJMUDDIN ALHADI BIN ABD WAHAB

GROUP 2

1 1090188 MOHAMAD AKMAL BIN RAZALI
2 1090867 IZZUDIN BIN AZIZ
3 1090951 MOHD FAQIH SYAZANI BIN SAAID

GROUP 3

1 1090203 MUHAMAD ZULHILMI MOHD NAZAR
2 1090874 MOHD HANIFF BIN AMRI
3 1090935 MOHD HASNIN BIN ABDUL LAZID

GROUP 4

1 1090210 MUHAMMAD AFDZAL BIN SHAHABUDDIN
2 1090878 SAIFUDDIN BIN HAMIDZI
3 1090967 RAJA MOHD FIKRI BIN RAJA BAZAID

GROUP 5

1 1090234 MUHAMMAD FARID HADHARI BIN MAHAMED RUSDI
2 1090944 MOHD AMIRUDDIN BIN MD HUSSIN
3 1090988 SYED MUHAMMAD SHAFIEE BIN SYED AHMAD
4 1090875 MOHD FARIS BIN AHMAD

GROUP 6

1 1090232 TENGKU MANSUR BT TENGKU ZAINAL ABIDIN
2 1090930 ABDUL RAHMAN BIN MOHD NOOR
3 1090981 MOHD NURHUBAIDILLAH BIN ABD AZIZ

GROUP 7

1 1090937 ABDUL HAKAM BIN MOHD YUSOFF
2 1090933 MUHAMMAD IMAN BIN BAIDHAWI
3 1090985 MUHAMMAD NAZIRUL HAFIZ BIN SAILAL

GROUP 8

1 1090991 MUHAMMAD SYUKRI BIN MOHD ASHMIR WONG
2 1090888 MOHD NORAZMI BIN AHMAD
3 1090986 MUHAMMAD SYAFIQHILMI BIN ZULKIFLI

GROUP 9

1 1090157 IBRAHIM HUSSIN IBARAHIM BIN HUSSIN
2 1090010 ABU BACCAR SAHO
3 1090982 MUHAMMAD AL HANIF BIN MAH HASSAN
4 1090990 MUAHAMMAD KHAIROL ANUAR BIN CHE MOOT

GROUP 10

1 1090009 RUSDY THAOKLOY
2 1090200 MUHAMAD SHAHIZAD BIN SALEH
3 1090959 AHMAD BUKHARI BIN CHE MOHAMED

GROUP 11

1 1090161 FARHAN BIN ASHARI
2 1090201 MUHAMMAD THAQIF BIN MOKHTAR
3 1090979 MOHD SHAMILULHAYAT BIN MOHD ASRI

GROUP12

1 1090996 MOHAMAD IZAT HAFIZULLAH BIN MOHD RAFI
2 1090199 MOHD RIZUAN BIN NORDEN
3 1091546 AHMAD MUKHSIN BIN ZAZAM

GROUP 13

1 1090184 MOHD AZIZI BIN ABD AZMAN
2 1090865 NAIM BIN PADIL
3 1090934 MUHAMMAD KHOIRI BIN HASSAN

GROUP 14

1 1090187 MOHD FAEZ BIN ABU BAKAR
2 1090897 AHMAD SYIHAN BIN ISMAIL
3 1090960 ABD RAHMAN BIN MAT SULAIMAN

GROUP 15

1 1090196 MOHD NURHAKIMI BIN MD YAMAN
2 1090906 YUSUF HASNI BIN MONTALIB
3 1090905 MUHAMMAD AFIEQ BIN AHMAD

PEREMPUAN

GROUP 1

1 1090162 RAFEAH BT MAKHTAR
2 1090876 NORLINA BT ISMAIL
3 1090225 SYAHIDATUL JUAIRIAH AHMAD TARMIZI
4 1090945 SITI SYAMIAH BT ZAIUNUDDIN
5 1091553 NURFASEHA BT SABARUDDIN

GROUP 2

1 1090964 NURUL SHAHIDA BT MOHD NASIR
2 1090896 SITI HAJAR BT MOHTAR
3 1090164 NUR RAIHAN BT ROSLI
4 1090204 NUR HAYATUNNISAK BT RAZI

GROUP 3

1 1090931 NORHAFIZAH BINTI JAMALUDIN
2 1090166 NAZIHAH BT NOORZILAN
3 1090976 NURUL SA'IDAH BT SAMSO ANUAR
4 1090889 HUSNA BT ABD RAHMAN

GROUP 4

1 1090214 SITI NOR HAFIDZA BT RAZALI
2 1090987 SITI SYAZWANI BT SHAMSHUL KAMAR
3 1090167 NURNAZIHA BT DERAHMAN
4 1090915 NOOR FADILAH BT HASHIM

GROUP 5

1 1090901 NABILAH BT MOHD YUSOP
2 1090173 NUR FARHANA BT MOHAMAD
3 1090215 NOR ASHIKIN BT KAMARUZAMAN
4 1090993 SYAHIDATUL FITRIA BT WAHID RAHAYU

GROUP 6

1 1090174 NUR FARHANAH BT ISMAIL
2 1090209 AINATUL SYAFIQAH BT MOHD DIN
3 1090883 NURULHUDA BT ISMAIL
4 1091320 SITI MASTURA ADRIS

GROUP 7

1 1090176 NURHAZIRAH BT HASIM
2 1091322 NORIDAYU BT MAT YASO
3 1090913 NUR BAHIJAH BT ZULKIFLI
4 1090881 SOLEHAH BT MAT TAHA

GROUP 8

1 1091325 SITI HAJAR MOHD ROSLAN
2 1090178 IDZA SHARMINA BT SAKIDI
3 1090227 SITI NUR BAIZURA BT ABDUL AZIZ
4 1090932 NOR FARAH BT MOHD FARID

GROUP 9

1 1090182 NUR 'IZZATI BT IDRIS
2 1090376 ASIMAH BT AZEMI
3 1090925 KHAIRUNNISA' BT IBRAHIM
4 1091327 NURHIDAYAH BT ABD HAMID

GROUP 10

1 1091417 ROSLIYANA BT ISMAIL
2 1090185 NORLIZA BT MOHD YUSOF
3 1090197 NUR AMALINA BT MOHD SHAIMY
4 1090909 NOR HANIFAH BT PAIMAN

GROUP 11

1 1090183 WAN HAIZUM BT WAN HAMZAH
2 1090873 NORAIN BINTI HAMZAH
3 1091418 NOOR ALWANI BT BOHARI
4 1090920 NURUL NABILAH BT AZIMOHA

GROUP 12

1 1091421 NOOR AISYAH BT SAFIE
2 1090941 FAIZNUR BT AHMAD TARMIZI
3 1090880 AFIFAH BT MOKHTAR
4 1090191 NUR SUHADA BT A HALIM

GROUP 13

1 1090870 MASTURA BT ISHAK
2 1090192 AINUL KAUTHAR BT KARIM
3 1091490 SITI AISYAH BT RAMLI
4 1090943 NURSYAFIHAH BT MOHD BASRI

GROUP 14

1 1090903 NOR SHAFIQAH BT ROZMAN
2 1090165 SHAHRAFINAZ SAPI-IN
3 1091319 NASIKAH AB RAHMAN
4 1090872 BADRIAH BT HUSSEIN
5 1090882 NOR ATIQAH BT KAIRI

GROUP 15

1 1090977 SITI FARIZA BT MUHAMMAD FISAL
2 1091323 NOR ALIA DIANA KHOLIL
3 1090879 AMINAH BT MUSTAFFA
4 1090877 AWATIF BT ABDULLAH
5 1090868 AFEEFA BT NASIR

GROUP 16

1 1090160 HANAN BT AMRAN
2 1090208 SAIDAH NAFISAH BT RAZALI
3 1090916 HALWANI BT ABDUL SAMAD
4 1090969 SITI NOOR AZAHANI BT GHAZALI

GROUP 17

1 1090163 NUUR ATHIRAH RAMLI
2 1090907 RINI SYUFINI BT KAMAL
3 1090971 WAN NUR AMALINA BT WAN HARON
4 1090211 WAN AINAA MARDHIAH WAN ZAHARI

GROUP 18

1 1090169 KHALILAH BT HASSAN
2 1090212 NOOR SHAZWEENA MAHAMAD SAKDUN
3 1090912 NURUL AMIRAH BT OTHMAN
4 1090972 AIMUNI NAFIAH BT MOHD SHAFII

GROUP 19

1 1090170 NURUL ATIQAH SHARUDIN
2 1090218 FATIN HAZIRAH BT ABD RAHIM
3 1090918 NURUL AZREEN BT SAYUTI
4 1090973 NUR SYAKIRAH BT ABDUL SHUKOR

GROUP 20

1 1090172 NURUL AIN BT HAZRAM
2 1090219 WAN HANIS SYAZNI BT WAN HUSSIN
3 1090886 NOORWAHIDAH BT ADAM
4 1090978 NUR FATIMAH BT MAHAMMAD SAYUZI

GROUP 21

1 1090177 SITI SHAHIRAH BT ANUAR
2 1090221 NUR AMNIYAH BT MAHMUD FATHI
3 1090898 NUR SAZILAH BINTI HARUN
4 1090980 WAN NOR FAUZAN BT WAN IBRAHIM

GROUP 22

1 1090179 UMMU SALAMAH BT AHMAD
2 1090222 NUR AKILAH BT ABDUL GHAFFAR
3 1090975 NUR HAMIMAH BT MOHAMAD PAUZI
4 1090895 NORFARHANA BT OTHMAN

GROUP 23

1 1090180 NOOR FARHANA BT OMAR
2 1090230 NUR RAMZIAH SUFIAH BT MOHD SHAKIB
3 1090929 NOR ASMIERA BT MOHD AZMI
4 1090965 NURSYAFIQAH BT AHMAD SHAARI

GROUP 24

1 1090186 NUR SOFIAH BT SUHAIMI
2 1090226 SITI SYAHEERA BT MOHD AZEMAN
3 1090910 NORMASITAH BT KATIBIN
4 1090961 NUR ADIBAH BT AHMAD SHARIP

GROUP 25

1 1090189 SITI NABILAH BT ADNAN
2 1090223 SITI LAILATUL EZZATI BT SUHAIMI
3 1090890 NURHIDANI BT SALLEH
4 1091324 NOOR FAZILAH NASRUDIN

GROUP 26

1 1090190 RUQAYYAH BT ABDUL AZIZ
2 1090224 AUNI NAJIHAH BT ABDULL JALIL
3 1090946 NUR FAYYADHAH BT SAMSUDDIN
4 1091328 SHAFIQAH NADIA BT OTHMAN

GROUP 27

1 1090194 NOR FAEZAH BT MUSTAFFA
2 1090500 NUSAIBAH BT ANUAR MUSADDAD
3 1090952 SITI MAISARAH BT ZULKIFLI
4 1091556 NOR SAZLIN BT ZAINOL MAJID

GROUP 28

1 1090202 SITI ZULAIKHA BT MOKHTAR
2 1090228 NIK NUR FARAHIN BT NIK ZULKIFLI
3 1090955 NURUL WAZNAH BT HJ AHMAD
4 1091530 NOOR ADLINA BT ADNAN

GROUP 29

1 1090206 NAJAT NABIHAH BT ZAINAL ABIDIN
2 1090229 RABIATUL ILI NAJWA BT KHAIRUDDIN
3 1090956 SITI NORILIANI BT RADZULAN
4 1091326 MASTURA ZAWANI BT RAMLI

GROUP 30

1 1090231 AISYAH NURZAHRAH BT MOHD RUSZAT
2 1090983 NUR SAKINAH BT MOHAMMAD RAMLI
3 1090207 EFFDIANA HADEF BT MOHD EFFENDI
4 1090957 NURUL FATIHAH BT MOHD ASRI

Tuesday, September 28, 2010

CARTA ORGANISASI TANZIM FIFA GEN 5

CARTA ORGANISASI
TANZIM FIQH DAN FATWA 2010/2011

PRESIDEN : MOHD IZAT HAFIZULLAH B. MOHD RAFI
TIMBALAN PRESIDEN 1 : AHMAD SYIHAN B. ISMAIL
TIMBALAN PRESIDEN 2 : NAJAT NABIHAH BT. ZAINAL ABIDIN
SETIAUSAHA : SITI SHAHIRAH BT. ANUAR
BENDAHARI : NOOR WAHIDA BT. ADAM

UNIT PEMBANGUNAN INSAN
MOHD FARID HADHARI B. MOHAMED RUSDI
NUR BAHIJAH BT. MARZUKI

UNIT MEDIA DAN PENERBITAN
TENGKU MANSUR B. TENGKU ZAINAL ABIDIN
SITI SYAHERA BT. MOHAMAD AZEMAN

UNIT KEBAJIKAN
MOHD AFDZAL B. SHABUDIN
IDZA SHARMINA BT. SAKIDI

UNIT KEUSAHAWANAN
YUSUF HASNI B. MONTALIB
WAN NUR AMALINA


UNIT AKADEMIK
IBRAHIM HUSIN IBRAHIM BIN HUSIN
NURUL AIN BT. HAZRAM


UNIT SUKAN DAN REKREASI
ABDUL RAHMAN B. MAT SULAIMAN
AINUL KAUTHAR BT. KARIM


VISI
MELAHIRKAN MAHASISWA FIQH YANG MENGAMALKAN KEFAHAMAN SYARIAH

MISI
MENERAPKAN KEFAHAMAN ILMU SYARIAH DALAM KEHIDUPAN MENERUSI AKTIVITI YANG BERORIENTASIKAN ILMU, UKHWAH DAN DAKWAH ISLAMIYAH.

Tuesday, September 7, 2010

Trend masa kini..???

Remaja hari ini kebanyakannya resah bila belum berpunya. Melihat pasangan lain berdua-duaan ke sana ke mari. Terbit di hatinya keinginan yang sama. Perasaan itu fitrah dan kekal fitrah, suci dan bersih jika disalurkan ke jalan yang halal. Namun, benteng iman yang rapuh menyebabkan ramai pasangan remaja tersasar dalam cinta palsu mereka.

Bagi gadis suci yang belum berpunya, singkirkanlah resah di hatimu. Usah cemburu pada yang palsu dan menipu. Andalah pilihan-pilihan Allah untuk masih mekar terpelihara sehingga tiba pula giliran anda mendapat seruan, yakinlah.

Jangan risau jika masih belum berpunya kerana mungkin Allah ingin bagi ketenangan dulu buat anda untuk terus melangkah menggapai cita-cita dan Dia pasti menguji andasedikit masa lagi. Bersiap-sedialah. Anda pasti dijodohkan. Jika tidak di dunia nun di syurga.

Begitu juga buat pemuda yang belum berpunya, tabahlah dan teruskan berusaha. Memiliki seorang isteri solehah ibarat memiliki dunia dan seisinya. Sudah tentu jalan untuk mendapatkan sesuatu yang istimewa amat berliku dan banyak cabaran. Jangan putus asa. Rasa mulialah dengan usaha yang dicurahkan walaupun pernah mengalami pinangan ditolak. Usah rasa malu dan terhina kerana Allah menilai setiap usaha selagi berjalan di landasan-Nya. Teruskan berusaha! Satu tip memikat yang dikagumi oleh wanita beriman ialah apabila seseorang lelaki pandai memikat ibubapa si gadis sebelum memikat dirinya.

“Apa yang memberi faedah kepada orang beriman selepas takwa kepada Allah,kebaikan buatnya ialah isteri yang solehah.” (HR Thobrani).

Dengarlah duhai remaja, bisikanku ini tulus untukmu. Dengarlah pesanku, cinta manusia yang kau damba seringkali mengecewakan. Allah s.w.t. memujukmu di dalam al-Quran, wanita yang baik itu untuk lelaki yang baik, begitulah sebaliknya (rujuk al-Nur: 26). Telah tercatat seungkap nama pasangan di loh mahfuz untukmu. Cuma peribadinya ditentukan oleh sejauh mana ketinggian peribadimu. Allah Maha bijak mengatur yang sepadan, kufu'. Jika kau tekun membaiki peribadi ke jalan yang diredhai, si dia akan terpilih di kalangan orang yang membaiki diri juga.

Remaja beriman, putuskan cintamu dengan segala cinta palsu yang dimurkai Ilahi. Ikatkan hatimu pada cinta agung nan hakiki. Lupakan segala kegundahan. Ubatilah resah di hati. Dekatkan diri pada cinta Ilahi , nescaya cinta pasangan soleh dan solehah turut kau miliki. Senyumlah pada sinar yang menantimu di hadapan.

SUMBER: di sini

Saturday, August 28, 2010

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT & MAJLIS KHATAM AL-QURAN FIFA TAHUN 2 DAN MPP

Rahman menerima bungkusan nasi ayam dari kak huda.....
rahman, naim dan azmi bersemangat 'monitor' bubur lambuk!
Squad muslimah FIFA GEN5 & MPP tidak kurang hebatnya
dalam menyumbang titik peluh mereka....
Majlis khatam diketuai Farhan (TLC 1)....semua mahasiswa segak
berbaju melayu dan bersampin....
selepas selesai tarawikh.....jemaah sempat bergambar dengan
isteri ust wifaq dan anak-anaknya....


Assalamualaikum.Sempena NUZUL AL-QURAN, pihak MT TANZIM FIFA GEN5 bersama MPP telah mengadakan program KHIDMAT MASYRAKAT dan MAJLIS KHATAM AL-QURAN pada 27/8/2010 bersamaan hari Jumaat.  Disini kami sertakan gambar-gambar menarik sepanjang program untuk tatapan mahasiswa FIFA GEN 5 khususnya!

Saturday, August 21, 2010

Kesilapan Kerap Muslim di Ramadhan

Oleh Ust Zaharuddin Abd Rahman

Pada hemat saya, kita bolehlah mengatakan bahawa objektif atau sasaran

yang perlu dicapai oleh Muslim di bulan Ramadhan ini kepada dua yang

terutama. Iaitu taqwa dan keampunan. Perihal objektif taqwa telah

disebut dengan jelas di dalam ayat 183 dari surah al-Baqarah. Manakala

objektif 'mendapatkan keampunan' ternyata dari hadith sohih tentang

Sayyidatina Aisyah r.a yang bertanya kepada nabi doa yang perlu dibaca

tatkala sedar sedang mendapat lailatul qadar. Maka doa ringkas yang

diajar oleh Nabi SAW adalah doa meminta keampunan Allah SWT.



Bagaimanapun, kemampuan untuk mendapatkan kesempurnaan pahala ramadhan

kerap kali tergugat akibat kekurangan ilmu dan kekurang perihatinan

umat Islam kini. Antara yang saya maksudkan adalah :-



1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja


(bukan kerana uzur yang diterima Islam). Perlu diketahui bahawa

sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti

mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia

dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara

yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu.. (Fiqh as-Siyam,

Al-Qaradawi, hlm 112).



Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya

kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya :

'sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia


berpuasa baki waktu harinya itu' (Riwayat al-Bukhari)




2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir


malam. Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari

mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah

bercanggah dengan sunnah baginda. 'Sahur' itu sendiri dari sudut

bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula

menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469).

Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai

objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)



3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain. Ini

satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya

adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat

malam.



Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : ' dan ketika


waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar'


(Az-Zariyyat : 18)



يا رسول الله , أي الدعاء أسمع ؟ : قال : جوف الليل الأخير ودبر الصلوات المكتوبة



Ertinya : 'Ditanya kepada Nabi (oleh seorang sahabat) : Wahai

Rasulullah :' Waktu bilakah doa paling didengari (oleh Allah s.w.t) ;

jawab Nabi : Pada hujung malam (waktu sahur) dan selepas solat fardhu'

( Riwayat At-Tirmidzi, no 3494 , Tirmidzi & Al-Qaradhawi : Hadis Hasan

; Lihat Al-Muntaqa , 1/477)



4) Menunaikan solat witir sejurus selepas terawih. Menurut dalil-dalil

yang sohih, waktu yang terbaik bagi solat witir adalah penutup segala

solat sunat di sesuatu hari itu berdasarkan hadith ertinya 'Jadikanlah

solat sunat witir sebagai solat kamu yang terakhir dalam satu malam'.

(Fath al-Bari, no 936). Sememangnya tidak salah untuk melakukan witir

selepas terawih, cuma sekiranya seseorang itu yakin akan kemampuannya

untuk bangun bersahur dan boleh melakukan solat sunat selepas itu,

maka adalah lebih elok ia melewatkan witirnya di akhir malam.



5) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa. Ia adalah satu kesilapan

yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi

ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang.

Justeru, 'ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa

seseorang itu menjadi 'kurus kering' pastinya.



6) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih. Ini

jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa.

Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat

fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang

disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara

berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.



7) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah.

Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat

utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid

adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap

ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di

dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, 'Sesungguhnya sesuatu amalan


itu dikira dengan niat'. (Riwayat al-Bukhari)



8) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari


dengan alasan berpuasa. Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat

dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat

Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan

mengurangkannya di Ramadhan ini.



9) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat.

Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut

berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami'

as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)



10) Menganggap waktu imsak sebagai 'lampu merah' bagi sahur. Ini

adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah 'lampu amaran

oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa

waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan

sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi

alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa

pada hari itu. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat

sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md

'Uqlah, hlm 278)



11) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat. Ini

nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid,

malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan

dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat

mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah

buat lelaki ketika di masjid.



12) Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta


haram, samada terlibat dengan pinjaman rumah, kad kredit, insuran,


pelaburan dan kereta secara riba. Ini sudah tentu akan memberi kesan

yang amat nyata kepada kualiti ibadah di bulan Ramadhan, kerana status

orang terlibat dengan riba adalah sama dengan berperang dengan Allah

dan RasulNya, tanpa azam dan usaha untuk mengubahnya dengan segera di

bulan 'tanpa Syaitan' ini, bakal menyaksikan potensi besar untuk gagal

terus untuk kembali ke pangkal jalan di bulan lain.



Nabi Muhammad menceritakan :-



ذَكَرَ الرَّجُلَ يُطِيلُ السَّفَرَ أَشْعَثَ أَغْبَرَ يَمُدُّ يَدَيْهِ


إلى السَّمَاءِ يا رَبِّ يا رَبِّ وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ وَمَشْرَبُهُ


حَرَامٌ وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ وَغُذِيَ بِالْحَرَامِ فَأَنَّى


يُسْتَجَابُ لِذَلِكَ



Ertinya : menyebut tentang seorang pemuda yang bermusafir dalam

perjalanan yang jauh, hal rambutnya kusut masai, mukanya berdebu di

mana dia mengangkat tangan ke langit : Wahai Tuhanku...wahai

Tuhanku... sedangkan makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya

haram..Dan dia dibesarkan dengan memakan makanan haram maka bagaimana

Kami mahu mengabulkan doanya. ( Riwayat Muslim, no 1015, 2/703 ; hadis

sohih)



Justeru, bagaimana Allah mahu memakbulkan doa orang yang berpuasa

sedangkan keretanya haram, rumahnya haram, kad kreditnya haram,

insurannya haram, simpanan banknya haram, pendapatannya haram?. Benar,

kita perlu bersangka baik dengan Allah, tetapi sangka baik tanpa

meloloskan diri dari riba yang haram adalah penipuan kata Imam Hasan

Al-Basri.



13) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka. Ini satu

lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW

telah menyebut :-



ثلاثة لا ترد دعوتهم , الإمام العادل , والصائم حتى يفطر ودعوة المظلوم



Ertinya : 'Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang

adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi'

( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir :

Sohih )



Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka

berdasarkan hadith.



إن للصائم عند فطره دعوة لا ترد



Ertinya : 'Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau

hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak' ( Riwayat Ibn Majah, no

1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)



Sekian, SEBAR-SEBARKANLAH



Sumber : Ust Zaharuddin Abd Rahman (Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa)

url : http://www.zaharuddin.net/content/view/148/90/


unit media & penerbitan

Tuesday, August 3, 2010

we’re. nothing . nobody


Assalamua’laikum and greetings to all….

Dalam menjalani kehidupan seharian neh banyak yang dapat kita belajar drpd org len.

Dengan observe apa yang org len buat…kita dpat observe balik diri kita.

Dengan justify tindakn org len..kita dapat justify jugak tindakan kita.

Dengan nilai diri org len…kita dpt nilai balik diri kita.

Bila tengok drug addicts…tindakan reflek kita slalunya akan kutuk those people habis-habisan..contoh macam..menghabiskan duet kerajaan betollah dorang neh!

Bila baca paper kes buang baby yg kiut miut,,sempurna sifat,etc …tindakan spontan kita selalunya akan pertikai tindakan org yg buang bayi tue…contoh macam..dah tak dak otak ke apa dorang neh?? Tue tak yah amek kire ag words yg kaw2 punye pedas….

Bila baca pasal org lari ikot pakwe ntah ke mana..tinggal mak bapak,family,pelajaran segala bagai….secara normalnya kita akan kutuk org tue…

And the list goes on….

Memang normal tindakan kita tue…

Sebab kita tau benda yg dorg buat tue salah…

Tapi..

kalo nak fikir dalam2…

Kita pon boleh jadi macam dorang gak…

Kalo bukan sebab RAHMAT ALLAH…kita pon bley terjebak jadi drug addicts..etc..

Kalo bukan sebab RAHMAT ALLAH….kita pon bley jadik salah sorang drpd org yg buang bayi tue…


Kalo bukan sebab RAHMAT ALLAH…kita pon bley jadik salh sorang drpd org yg lari ikot pakwe..tinggal
parents,tinggal family…

Kalo bukan sebab RAHMAT ALLAH…kita pon bley jadik org yg ignorant pasal agama…yang jenis tak peduli hukum TUHAN..… conduct hidup ikot suka suki skema sendiri…

Kalo bukan sebab RAHMAT ALLAH…

WE’RE. NOTHING. NOBODY.

HERE AND HEREAFTER.

So, bila berhadapan dengan hal2 macam neh, kita sepatutnya memg sangat2 kene bersyukur…

Memang sangat100x kene bersyukur….

Sebab antara menjadi hamba ALLAH yang baik dengan menjadi hamba ALLAH yg tak baik…dua perkara nie haanya dipisahkan oleh a very tiny invisible line…

hati kita neh ALLAH yang pegang…kalo DIA nak turn around our heart from HIM..tak sempat kita nak kelip mata pon DIA BOLEH BUAT….

Boleh jadik hari neh elok2 kita cukup solat 5 waktu, tapi esoknya ALLAH balikkan hati kita, jadik malas nak solat.

Boleh jadik hari neh elok2 kita pakai pakaian tutup aurat, ikut syariat tapi esoknya ALLAH balikkan hati kita, jadik kita tak nak dah tutup2 aurat neh…

Boleh jadik hari nie elok2 kita berada dalam ISLAM,bergelar MUSLIM/MUSLIMAH…tapi esoknya ALLAH tarik balik nikmat ISLAM DAN IMAN tue dari diri kita, jadi murtad…

ASTAGHFIRULLAH…

NAU’ZUBILLAH MIN ZALIK….

Sebab tue kita kene slalu doa…

يا مقلب القلوب, ثبت قلوبنا على دينك وعلى طاعتك

YA MUQALLIBAL QULUB..SABBIT QULUBANA A’LA DINIK WA A’LA TOA’TIK

[WAHAI TUHAN YG MEMBOLAK-BALIKKAN HATI..TETAPKAN HATI2 KAMI PADA AGAMAMU..DAN TETAPKAN HATI2 KAMI UNTUK TERUS TAAT KEPADAMU]

Dan it is best for us untuk sama2 doakan org2 yg dah jauh dari ikot skema ALLAH dan RASUL moga2 dorg sedar dan sama2 kembali ke pangkal jalan…ameen .sebab kalo takat kutuk2..komen2…cakap2 belakang pon kita x mengubah apa2…lagi menambah dosa ada..ye tak???

Ayuh sama2 kita muhasabah dan berubah..


Wallahua’lam..=)


by es squared

Tuesday, July 27, 2010

Di Ambang Ramadhan

by:Ust Wan Ahmad



Persediaan bertemu Ramadhan.Ambil masa untuk membacanya....

Assalamualaikum wbt..

Sungguh tidak terasa akan waktu yang terus berlalu dan hari-hari yang telah dilalui dan bulan Ramadhan itu hanya sebentar lagi akan menjelma kembali. Malah seperti baru kelmarin Ramadhan tahun lalu yang penuh dengan keberkatan itu, kita tinggalkan.

Kalau kita mengimbau suasana di bulan Ramadhan tahun lalu itu, kita mungkin merasa begitu dekat dengan Allah swt.

Kita lalui hari-harinya untuk sentiasa beribadah kepadaNya dengan solat berjamaah di masjid, solat Tarawikh, qiyamullail, tilawah Al Qur'an, sedekah dan macam-macam ibadah lainnya.

Lebih-lebih lagi di sepuluh hari terakhirnya di mana kita tidak ketinggalan untuk beri'tikaf di masjid bagi lebih mendekatkan lagi diri kita yang lemah ini kepangkuan Ilahi sambil memanjatkan doa memohon ampun atas semua dosa yang pernah kita lakukan.

Selepas Ramadhan itu pergi, memasuki bulan Syawal kita masih boleh menghadirkan semangat Ramadhan pada diri kita. Masih boleh kita melaksanakan ibadah puasa sunnah Syawal. Masih boleh kita pertahankan untuk menghiasi malam-malamnya dengan qiyamullail. Tilawah Al Qur'an masih boleh satu juz dalam sehari serta ibadah-ibadah yang lainnya. Subhanallah...

Namun secara perlahan-lahan, semangat Ramadhan itu hilang dari diri kita diiringi semakin jauhnya kita dengan Allah swt yang boleh dikesan apabila berkurangnya kualiti ibadah kita, dosa-dosa pun banyak yang kita perbuat. Astaghfirullah...

Kualiti ibadah kita mencerminkan nilai keimanan yang ada pada diri kita. Ketika kualiti ibadah kita itu menurun bererti menurun pula nilai keimanan kita kerana memang keimanan kita kadang-kadang menaik dan kadang-kadang menurun. Imam Ghazali menjelaskan, keimanan kita naik dengan melakukan ketaatan kepadaNya dan sebaliknya keimanan kita menurun dengan melakukan kemaksiatan kepadaNya.

Tanpa kita sedari begitu banyak dosa itu datang dari :

Pandangan mata kita.
Ucapan lisan kita.
Pendengaran telinga kita.
Segenap panca indera kita.

Sungguh, semua itu tidak terasa kita lakukan kerana memang begitu halus cara syaitan menggelincirkan kita dari jalan yang di redhai oleh Allah swt. Sekalipun kita adalah orang yang sentiasa rajin beribadah, apatah lagi mereka yang memang jauh dari ajaran agama ini.

Dari berbagai arah, syaitan mencuba dengan memujuk rayu supaya kita menjadi manusia-manusia pembuat dosa. Dari arah depan kita, ia datang menggoda, dari arah belakang kita, ia datang menggoda, juga dari arah kanan dan kiri kita, ia datang menggoda supaya kita manusia jauh dari ketaatan. Ini merupakan janji syaitan/iblis kepada Allah swt yang diabadikan di dalam Al Qur'an:

"Iblis menjawab: Kerana Engkau telah menghukum saya tersesat, saya benar-benar akan (menghalang-halangi) mereka dari jalan Engkau yang lurus, kemudian saya akan mendatangi mereka dari depan dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur (taat)."(QS Al A'raaf : 16-17)

Menyedari diri yang penuh dengan dosa, kedatangan bulan Ramadhan sangat kita rindukan, bulan yang mulia dan bulan yang penuh dengan keberkatan di mana Allah swt dalam bulan Ramadhan ini menjanjikan untuk menghapuskan dosa-dosa dan mengabulkan segala doa yang kita panjatkan dan semoga Allah swt masih memberikan nikmatNya kepada kita sebuah anugerah terindah iaitu boleh merasakan kembali bulan Ramadhan tahun ini.

Walaubagaimanapun, banyak cerita di tahun-tahun yang lalu menjelang memasuki bulan Ramadhan bahkan mungkin juga di tahun ini, orang-orang yang terdekat dengan kita, teman, sahabat, saudara bahkan juga ibubapa kita telah mendahului kita mengadap Ilahi. Pergi dan tidak akan pernah kembali lagi, selama-lamanya.

Mereka tidak sempat merasakan lagi Bulan Ramadhan dan semua itu adalah takdir yang kita tidak boleh lagi untuk menawarnya. Semoga mereka yang telah mendahului kita di ampuni oleh Allah swt akan dosa-dosanya... Ameen...

Kita juga belum tahu, apakah Allah swt akan mentakdirkan kita bersua kembali dengan bulan Ramadhan tahun ini atau kita ditakdirkan menyusul orang-orang yang terdekat dengan kita yang telah lebih dahulu mengadap Ilahi sebelum Ramadhan dapat kita rasakan kembali, merasakan hari-harinya yang penuh dengan keberkatan.

Oleh kerana itu, jangan tunggu bulan Ramadhan datang untuk kita bertaubat kepadanya. Mulailah dari sekarang, dari bulan ini untuk kita dekatkan diri kepada Allah swt. Jangan sampai kita termasuk orang-orang yang zalim kerana kita enggan bertaubat.

Firman Allah swt di dalam Al Qur'an :
"...dan barang siapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim." (QS Al Hujuraat : 11)

Hadirkan semangat Ramadhan itu kembali, qiyamullail, tilawah Al Qur'an dan ibadah-ibadah lainnya supaya ketika kita ditakdirkan oleh Allah swt dapat kembali merasakan bulan Ramadhan yang akan menyapa tidak lama lagi, kita akan lebih bersedia untuk mengisi hari-harinya dengan sentiasa beribadah kepadaNya. Sungguh, jangan lalui hari-harinya dengan sia-sia.

Berusahalah ketika kita berada dalam bulan Ramadhan nanti untuk menjemput rahmatNya dengan berlumba-lumba membuat kebajikan, mempersembahkan kepada Allah swt ibadah-ibadah terbaik kita di mana dengan itu semua Allah swt akan membanggakan kita di hadapan para malaikatNya.

Rasulullah saw bersabda :

"Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan keberkatan. Allah mengunjungimu pada bulan ini dengan menurunkan rahmat, menghapus dosa-dosa dan mengabulkan doa. Allah melihat kamu berlumba-lumba pada bulan ini dan membanggakan kamu kepada para malaikatNya. Maka tunjukkanlah kepada Allah perkara-perkara yang baik dari kamu kerana orang yang sengsara (celaka) adalah orang yang tidak mendapat rahmat Allah di bulan ini." (HR At Thabrani)

Hadirkan semangat Ramadhan itu kembali. Jika memang Allah akan memanggil kita sebelum Ramadhan itu menyapa, kita sudah berada dalam kedekatan kepadaNya. Berada dalam keadaan iman yang terbaik. Itu yang kita harapkan jika memang Allah swt telah tentukan akhir waktu umur kita hidup di dunia ini.

Tetaplah berdoa memohon kepada Allah swt untuk kita dapat bersua dan merasakan kembali bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan pada tahun ini.

Setiap orang pasti menginginkan kejayaan dari apa yang dilakukannya di Bulan Ramadhan.

Ada dua pilihan yang tersedia :

1. Mengusahakan secara terbaik bagi manfaat untuk diri sendiri.
2. Mengusahakan secara terbaik bagi manfaat untuk orang lain.

Kecenderungan pertama nampak jelas pada orang yang berlumba atau memberi fokus dalam menyediakan makanan untuk berbuka puasa bagi dirinya tanpa rasa peduli terhadap keadaan orang lain.

Kecenderungan kedua pula nampak pada mereka yang lebih menunjukkan sifat peduli dan berkongsi rasa dengan sesama muslim.

a. Mengambil peduli akan keperluan orang ramai sehingga mendorongnya untuk berkongsi ilmu dan pemikiran.
b. Mengambil peduli dengan kesedihan orang lain sehingga mendorongnya untuk berkongsi perasaan dalam hati.
c. Mengambil peduli dengan kemiskinan/kesusahan orang lain sehingga mendorongnya untuk berkongsi harta benda.

Manusia yang paling baik adalah manusia yang paling banyak manfaatnya bagi manusia lainnya.

Nampaknya asas manfaatnya ini boleh dijadikan kriteria untuk mengukur kejayaan seseorang dalam menjalani tarbiyah Ramadhan.

Barang siapa yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain tanpa melupakan manfaat bagi dirinya sendiri maka dialah yang paling berjaya menjalani tarbiyah Ramadhan.

1. Manfaat ilmu adalah dengan memberikan nasihat dan pengarahan.
2. Manfaat hati adalah dengan perhatian, cinta, kasih sayang dan doa bagi keluarga atau   saudara-saudaranya.
3. Manfaat harta adalah dengan menginfakkan kepada mereka yang berhak dan memerlukan.

Boleh jadi, itulah rahsianya kenapa Rasulullah saw begitu peduli dengan nasib kaum Muslimin di bulan Ramadhan.

Beliau begitu cepat dan ringan dalam menginfakkan harta melebihi cepat atau lajunya angin berhembus. Sikap seperti itu merupakan tauladan yang memberi hikmah bahwa Rasulullah saw menginginkan umatnya untuk lebih bernilai dan bermanfaat bagi saudara lainnya kerana ketulusan iman tercermin dari manfaat yang diberikannya kepada orang lain.

Semoga Allah membimbing kita untuk sentiasa bermanfaat kepada orang lain terutamanya di bulan Ramadhan di mana Rasulullah saw telah mencontohkannya kepada kita dengan memaksimumkan manfaat hidupnya untuk kepentingan umat.

Ya Allah, sampaikanlah kami kepada Ramadhan dan berilah kekuatan untuk kami mampu menghadirkan kembali semangat Ramadhan di dalam hati kami sehingga kami dapat mengisi hari-harinya dengan amal-amal yang akan memberi manfaat bukan sahaja kepada diri kami bahkan kepada kaum Muslimin yang lain.

Ameen Ya Rabbal Alameen

Sunday, July 18, 2010

Syahid Impian Suamiku

Terbaca satu artikel temubual dgn zaujah asy-syahid Izzuddin (org kanan kepada Sheikh Ahmad Yassin & Abdul Aziz Rantisi)..

…. lebih kurang sebulan sebelum kesyahidan zaujnya. Beliau melintasi bilik di mana zaujnya sedang bekerja. beliau ternampak tulisan kalimah “asy-syahid” di dahi zaujnya.. maka dalam perjalanan pulang ke rumah petang itu.. baliau meluahkan rasa gusar di hati,menceritakan apa yg beliau nampak. maka lantas, asy-syahid memberhentikan kereta dan terus berdoa kepada Allah “Ya Allah, benarkanlah apa yg dilihat oleh isteriku”. Tidak lari dari perasaan fitrah manusia, si zaujah berkata.. “Apa akan jadi dengan kami, siapa yg akan menjaga kami?” maka asy-syahid menjawab.

“Allah lagi pandai menjaga dan lagi boleh memberi daripada abang”

Maka setiap hari, si zaujah mendoakan agar suaminya beroleh asy-syahid yg diidamkan. apabila ditanya perasaannya ketika berdoa itu, beliau menjawab,

“Memang pilu dan terluka hati kerana seolah mendoakan pemergian org yg kita kasihi… tapi ketahuilah, bahawa saya mendoakan kehidupan kami yg lebih baik di akhirat nanti”



Muslimin dan muslimat sekalian, ayuh kita berdoa agar rijal2 kita sentiasa bersih hati dan ikhlas bekerja kerana-Nya. Kerana kuatnya ummah kita adalah kerana kuatnya rijalnya.


Kami adalah pedang-pedang terhunus
Yang siap terayun menebas musuh
Tiada peduli siapapun pemegangnya

Kami adalah tombak-tombak berjajar
Yang siap dilontarkan dan menghujam
Menembus dada lantakkan keangkuhan

Kami adalah butir-butir peluru
Yang siap ditembakkan dan melaju
Dan Mengoyak dan menumbang kezaliman

Kami adalah mata pena yang tajam
Yang siap menuliskan kebenaran
Tanpa ragu ungkapkan keadilan

ALLAHUAKBAR!!



sumber:dakwah.info