Saturday, October 15, 2011

SYUKRAN TERIMA KASIH THANK YOU

In the name of Allah the Most Gracious & Most Merciful..


Kami dari tanzim FIFA Gen-5 2011/2012 ingin mengucapkan ribuan terima kasih pada 
semua ahli tanzimFIFA Gen-5 2010/2011 kerana sentiasa memberi tunjuk ajar dan 
nasihat pada tanzim baru.Kami sentiasa mengharapkan tunjuk ajar daripada anda semua kerana andalah sifu kami :)


Kepada rakan-rakan FIFA Gen-5, jutaan terima kasih diucapkan kerana memilih kami 
ahli-ahli tanzim baru. Jika terdapat sebarang masalah atau nasihat atau cadangan sila berhubung 
dengan kami :).


Semoga kita sentiasa sukses dunia & akhirat. Allah itu Maha Besar ~


-KITA MERANCANG, ALLAH JUGA MERANCANG, 
DAN PERANCANGAN ALLAH ITU LEBIH BAIK ( Al-Imran: 54 )-

Friday, October 14, 2011

AHLI TANZIM BARU 2011/2012

AMIR: AKMAL SAIRAN
NAIB AMIR: FARHAN ASHARI
AMIRAH: SITI ZULAIKHA MOKHTAR
SETIAUSAHA : SITI SYAHERA MOHAMAD AZEMAN
BENDAHARI: SAIDAH NAFISAH RAZALI

LUJNAH PEMBANGUNAN INSAN: KHAIRUL ANUAR
                                                             AFIFAH MOKHTAR

LUJNAH AKADEMIK: ABDUL HAKAM MOHD YUSOFF
                                      UMMU SALAMAH AHMAD

LIJNAH SUKAN DAN REKREASI: SAIFUDDIN HAMIDZI
                                                           NIK NUR FARAHIN NIK ZULKIFLI

LUJNAH KEBAJIKAN: MUHAMAD ALHANIF 
                                       SITI NABILAH BINTI ADNAN

LUJNAH KEUSAHAWANAN: NAZIRUL HAFIZ SAILAL
                                                   SA'IDAH SAMSO ANUAR

LUJNAH MULTIMEDIA: MOHD KHAIRI
                                          NOR ALIA DIANA BINTI KHOLIL

                                       

Monday, August 15, 2011

EVALUASI STANDARD TAQWA DALAM RAMADHAN



15 Hari Ramadhan telah berlalu. Terasa cepat masa memotong kita.

Teringat pula pepatah arab:


الوقت كالصيف إن لم تقطعه قطعك

Firman Allah Taala dalam Al-Quran:

والعصر إن الإنسان لفي خسر إلا الذين ءامنوا وعملول الصالحات وتوا صوا بالحق وتوا صوا باصبر

Kita cuba nak recheck atau muhasabah diri setelah berlalunya 15 hari ramadhan. Adakah matlamat taqwa itu berjaya digapai atau gagal dicapai?

Firman Allah Taala berkenaan puasa dalam bulan Ramadhan:

يأيها الذين ءامنوا كتب عليكم الصيام كما كتب على الذين من قبلكم لعلكم تتقون


Berdasarkan kalimatain 'لعلكم تتقون' , yang bermaksud mudah-mudahan kamu bertaqwa itulah kita ambil sebagai natijah yang sepatutnya menjadi target kita dalam bulan ramadhan ini.
Standard taqwa mampu dicapai berdasarkan 4 aspek:

1. AQIDAH
2. IBADAH
3. AKHLAK
4. ILMU

AQIDAH

Jika kita lihat balik dalam hari-hari yang berlalu sepanjang ramadhan, adakah kita merasakan diri kita ini semakin dekat dengan Allah SWT? Lazimnya apabila Ramadhan menjengah, kita mula merasa akan kesyahduan iman yang terbit dari lubuk hati, mula merasa diri diperhatikan Allah.

Bukan itu sahaja, malah keimanan terhadap Nabi dengan mengamalkan sunnah Baginda turut mekar pada bulan yang mulia ini. Sebagai contoh hadis Nabi mengenai sahur:


Kita cuba mengikut Sunnah Nabi dengan bersahur. lebih cantik lagi, kita bersahur dengan tamar seperti yang selalu dilakukan oleh Nabi. Mengikut sunnahnya, menunjukkan kecintaan kita terhadap Baginda.

IBADAH

Ibadah seseorang diterima berdasarkan niat individu itu sendiri. Cuba kita bermuhasabah, adakah ibadah yang kita kerjakan masih bertahan sehingga masuknya 15 Ramadhan? Atau 'terkulai' di tengah jalan?

Apakah syarat-syaratnya ibadah kita diterima oleh Allah swt?

Syarat PERTAMA:
Ikhlas kerana Allah Taala  

Firman Allah dalam Al-Quran:

إن صلاتي ونسكي ومحياي ومماتي لله رب العالمين

Setiap hari kita menyebut kalimah-kalimah ini dalam solat kita. Sedar tak sedar kita telah mengaku bahawa kita telah serahkan segalanya padaNya.

Syarat KEDUA:
Setiap amalan yang dilakukan tidak bercanggah dengan syarak

عن ابي هريرة رضي قال ، عن النبي (ص) قال : تركت فيكم امرين لن تضلوا ما ان تمسكتم بهما : كتاب الله و سنة نبيه ( رواه مالك )

Amalan yang tidak bercanggah dengan syarak bermaksud amalan-amalan tersebut tidak lari 
.daripada apa yang terkandung dalam al-Quran sunnah

AKHLAK
  .Ramadhan mengajar kita basic akhlak 
 ,Ramadhan mengajar kita rajin bersedekah
,Ramadhan mengajar kita sabar
.Ramadhan mendidik kita supaya taat kepada kedua ibubapa

,Jikalau kita masih tak lulus ujian akhlak dalam ramadhan
apatah lagi akhlak kita di luar ramadhan...renung-renungkan
حاسبوا أنفسكم!
!nilailah diri kamu

ILMU


Diriwayatkan Rasulullah dalam satu hadis kepada Abu Dzar bahawa pergi mengajarkan satu bab ilmu pengetahuan itu lebih baik dari solat seribu rakaat
hadis riwayat ibn majah-

.Fadhilat ibadah lebih baik dari fadhilat ilmu berdasarkan dalil ini
   .Terdapat masjid atau surau yang menganjurkan majlis ilmu di antara solat sunat tarawikh Hal ini patut dipuji kerana mereka sedar akan kepentingan menuntu ilmu itu sendiri

طلب العلم فريضة على كل مسلم

.Kesimpulannya segala amalan bergantung kepada niat
.Kita nak dapat segulung ijazah taqwa pada malam raya nanti
 Dan kesan taqwa itu adalah bermula pada 1 syawal dan 11 bulan berikutnya


NUKILAN
ADMIN

Tuesday, August 2, 2011


Alhamdulillah. Kita sudah sampai ke fasa ramadhan yang mulia ini. Sehubungan dengan itu, TANZIM FIFA mengucapkan SELAMAT MENEMPUH RAMADHAN DENGAN PENUH KEIMANAN DAN KETAQWAAN

   :  قال رسول الله  صلى الله عليه وسلم
من قام رمضان ايمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Saya telah mendengar sabda Rasulullah s.a.w. mengenai Ramadan: Sesiapa yang mendirikan sembahyang (Tarawih) dalam bulan itu dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu.


Kita lihat apa kata-kata sahabat-sahabat kita di FIFA:)


JOM TARGET QURAN RAMADHAN!
Bagi sahabat2 yang berminat & menyintai Kalaamullah:
------------------------------​--------------------
*Setiap kali sebelum/selepas solat 5 waktu, baca al-Quran 4 muka surat.
*Setiap hari bermakna: 4(m/s) X 5(waktu solat) = 1 juzuk.
*Satu bulan Ramadhan bermakna: 1(juzuk) X 30(hari) = Khatam 30 juzuk.
*Aidilfitri + Majlis Khatam Al-Quran = Kan indah :)
najat nabihah


Salam ramadhan kareem dari bumi suci mekah, Kekuatan ramdhan adalah pengampunan dosa sehingga ke Ramadhan seterusnyaahmad syihan

sempena ramadhan ini, jadilah hamba yang menghambakan diri kepada Allah. bukan kepada ramadhan semata-mata.. salam ramadhan semua :) ramadhan kareem.- siti nabilah adnan

"Puasa itu benteng, bila seseorang diantara kamu berpuasa, hendaklah ia tidak berkata kotor dan berlaku jahil. Bila ada seseorang yang memaki dengan kata-kata dan hendak diserang hendaklah ia berkata: "sesungguhnya aku berpuasa". (HR Abu Daud dan Bukhari)akmal sairan


Moga amal ibadat yang dilakukan bukan bermusim sahaja, bahkan berpanjangan selama mana kita hidup di atas muka bumi ini....Syukran
    

Thursday, July 14, 2011

Bertuahnya menjadi ahli Tanzim..Alhamdulillah

Bismillahirrahmanirrahim...mudah-mudahan kalamku tidak mengandungi kata-kata cela mahupun nista....amin

Di waktu malam dan ketika ini di pejabat yang sunyi, bila berkesempatan singgah ke blog FIFA GEN5, saya merasakan rindu yang teramat pada kalian sahabat...lebih-lebih lagi TANZIM FIFA GEN5....

KENAPA??
sebab saya merasakan, walaupun saya cuba terlibat dalam organisasi-organisasi yang lain, ukhwah dan kerjasama yang dipamerkan oleh ahli Tanzim khususnya, sangat erat dan kuat.  Jika ada sebarang program yang dijalankan, saya dapat lihat, ahli-ahlinya dapat melakukannya bersama-sama meskipun terkadang tugas tersebut bukan tugas mereka.Sebagai contoh, jika ada seorang ahli bertanggungjawab untuk menyediakan cenderamata, ahli lain pun turut ingin membantu sungguhpun mereka ada tugas sendiri....bila dana tidak mencukupi, semua ahli sanggup mengeluarkan duit sendiri demi program berjalan lancar...
INDAHNYA UKHWAH:)

Dan terkadang saya terfikir...kenapa hal ini terjadi???
saya mendapat jawapan yang mungkin jawapannya...KEBERKATAN SYURA itu sendiri...ahli-ahli Tanzim dipilih melalui syura....saudara Farid Hadhari dan saudari Najat Nabihah selalu menekankan tentang keberkatan syura...dan kini saya dah dapat lihat kesannya:)

Mengapa saya mencoret akan hal ini???
mungkin kerana saya telah berada dalam organisasi lain dan saya lihat ahlinya tiada kerjasama, ketuanya tidak merakyatkan kepimpinan, dan banyak lagi yang pincang...mungkin ini lah ujian buat hamba yang lemah ini...
bukan Tanzim itu 'perfect', tapi saya merasakan kemanisan berada didalam'nya'...bak kata pepatah 'BERAT SAMA DIPIKUL, RINGAN SAMA DIJINJING'....

Akhir kalam,Moga peneraju Tanzim seterusnya adalah peneraju yang lebih baik dari perintis Tanzim yang lepas....

 Yang Benar,
Ahli Tanzim

Thursday, May 26, 2011

jaulah fuqaha' 2011

  sekitar jaulah fuqaha' 2011 (kedah & pulau pinang)

* makan tengah malam

* masjid al-bukhari

* muzium padi

*mahkamah syariah kedah
*hakim mahkamah tinggi syariah

*homestay laguna, merbok

                                                                    
*qiamullail

*jabatan hal ehwal agama pulau pinang



*bersama mufti pulau pinang




*muzium USM

*bbq

*pertunjukan silap mata

*muslimah skincare & cosmetics

*radix fried chicken (RFC)


*catatan ringkas sepanjang jaulah fuqaha'. moga keakraban yang diperoleh dari jaulah ini kekal berterusan dan mohon kongsi bersama ilmu2 yang sempat diperoleh dari jaulah ni. syukran kepada semua yang terlibat dalam menjayakan jaulah fuqaha', semoga tanzim akan datang dapat menganjurkan jaulah sebegini pada sem yang akan datang. jzkk. wassalam..

p/s: boleh dapatkan gambar2 dari akh tengku mansur. pic dari camera sony dslr.

Tuesday, May 24, 2011

siapakah HITLER..?

assalamualaikum... 

(terkesan dek kerana kuliah terakhir subjek Creative Thinking & Problem Solving (CTPS) oleh En. Azmir bercerita tentang Adolf Hitler)




serba salah pula, takkan dah habis semua tokoh Islam di dunia ini sehingga saya memilih si ****** ini dijadikan tajuk perbincangan..? jika ditanya kepada umum apakah yang diketahui tentang Hitler. Pasti akan menjawab bahawa Hitler seorang pembunuh yang membunuh secara berleluasa dan meletakkan German mengatasi segala-galanya... dan pastinya itu bersumber daripada TV pastinya.

satu perkara yang kita lupa: " British telah melakukan lebih dasyat dari itu... pihak Jepun semasa zaman Emperor mereka juga sama.. tapi kenapa dunia hanya menghukum Hitler dan meletakkan  kesalahan malahan memburukkan nama Nazi seolah-olah Nazi masih wujud hari ini sedangkan mereka melupakan kesalahan pihak British kepada Scotland, pihak Jepun kepada dunia dan pihak Afrika Selatan kepada kaum kulit hitam mereka..??" 

kagum terhadap Hitler dinilai dari 2 prinsip asas perjuangan Hitler:

1) Prinsip Hitler berkaitan Yahudi, Zionisme dan  penubuhan negara Israel. Hitler telah melancarkan Holocaust untuk menghapuskan Yahudi kerana beranggapan Yahudi akan menjahanamkan dunia pada suatu hari nanti.

2) Prinsip Hitler berkaitan Islam. Hilter telah belajar sejarah kerajaan terdahulu dan umat yang lampau, dan beliau telah menyatakan bahawa ada tiga tamadun yang terkuat, iaitu Parsi, Rome dan Arab. ketiga-tiga tamadun ini telah menguasai dunia satu ketika dulu dan Parsi serta Rome telah mengembangkan tamadun mereka hingga hari ini, manakala Arab pula lebih kepada persengketaan sesama mereka sahaja. beliau melihat        ini sebagai satu masalah kerana Arab akan merosakkan Tamadun Islam yang beliau telah lihat begitu hebat satu ketika dulu.

# Atas rasa kagum beliau terhadap Tamadun Islam, beliau telah mencetak risalah berkaitan Islam dan diedarkan kepada tentera Nazi semasa perang, walaupun kepada tentera yang bukan Islam.

# Beliau juga telah memberi peluang kepada tentera German yang beragama Islam untuk menunaikan solat ketika masuk waktu dimana jua.. bahkan tentera German pernah bersolat di Dataran Berlin dan hitler ketika itu menunggu sehingga mereka tamat solat jemaah untuk menyampaikan ucapan beliau.

# Hitler juga sering bertemu dengan Ulamak dan meminta pendapat mereka serta belajar dari mereka tentang agama dan kisah para sahabat dalam mentadbir.

# Beliau juga meminta para Sheikh untuk mendampingi tentera beliau bagi mendoakan mereka yang bukan Islam dan memberi semangat kepada yang beragama Islam untuk membunuh Yahudi.

maklumat tambahan yang diakses dari internet dan terjumpa beberapa perkara: 

1) Pengaruh Al-Quran di dalam ucapan Hitler.
- ketika tentera Nazi tiba di Moscow, Hitler berhajat menyampaikan ucapan. Dia memerintahkan penasihat-penasihatnya untuk mencari kata-kata pembukaan yang hebat tak kira dari kitab agama, kata-kata ahli falsafah ataupun dari bait syair. seorang sasterawan Iraq yang bermastautin di German mencadangkan ayat Al-Quran  (اقتربت الساعة وانشق القمر)   mafhum: telah hampir hari kiamat dan bulan akan terbelah.

Hitler berasa kagum dengan ayat ini dan menggunakannya sebagai kalam pembukaan dan isi kandungan ucapan beliau. memang para ahli tafsir menghuraikan bahawa ayat tersebut bermaksud kehebatan, kekuatan dan memberi maksud yang mendalam. perkara ini dinyatakan oleh Hitler di dalam buku beliau Mein Kampf yang ditulis di dalam penjara bahawa banyak aspek tindakan beliau berdasarkan ayat Al-Quran, khususnya yang berkaitan tindakan beliau ke atas Yahudi.

2) Hitler bersumpah dengan nama Allah yang Maha Besar.
- Hitler telah memasukkan sumpah dengan nama Allah yang Maha Besar di dalam ikrar ketua tenteranya yang akan tamat belajar di akademi tentera German.

"aku bersumpah dengan nama Allah yang Maha Besar dan ini ialah sumpah suciku, bahawa aku akan mentaati semua perintah ketua tentera German dan pemimpinnya Adolf Hitler, pemimpin bersenjata tertinggi, bahawa aku akan sentiasa bersedia untuk berkorban dengan nyawaku pada bila-bila waktu demi pemimpinku". 

3) Hitler telah enggan meminum arak atau merokok seumur hidupnya.
- pada ketika beliau gementar semasa keadaan German yang agak goyah dan bermasalah. ketika itu para doktor mencadangkan beliau minum arak sebagai ubat dan beliau enggan, sambil mengatakan "bagaimana anda ingin suruh seseorang itu minum arak untuk tujuan perubatan sedangkan beliau tidak pernah seumur hidupnya menyentuh arak..?"

ya, Hitler tidak pernah menjamah arak sepanjang hayat beliau..minuman kebiasaan beliau ialah teh menggunakan uncang khas..

bukanlah tujuan penulisan ini untuk membela apa yang dilakukan oleh Hitler, tetapi ianya bertujuan untuk menyingkap apa yang disembunyikan oleh pihak Barat. semoga kita semua beroleh manfaat.

teringat ucapan agung Hitler: ketika perang Halocust, aku tidak hapuskan kesemua Yahudi kerana aku nak dunia masa depan tahu sikap dan perangai Yahudi..


                                                                
                                      hasil nukilan: shahizad  

* asif, gambar-gambar hitler tak dapat diupload..




Sunday, March 27, 2011

Kisah Sahabat: Kisah Salman al-Farisi Mencari Kebenaran

Salman al-Farisi pada awal hidupnya adalah seorang bangsawan dari Persia yang menganut agama Majusi. Namun dia tidak merasa nyaman dengan agamanya. Pergolakan batin itulah yang mendorongnya untuk mencari agama yang dapat menentramkan hatinya.


Kisah Salman diceritakan langsung kepada seorang sahabat dan keluarga dekat Nabi Muhammad bernama Abdullah bin Abbas:

Salman dilahirkan dengan nama Persia, Rouzbeh, di kota Kazerun, Fars, Iran. Ayahnya adalah seorang Dihqan (kepala) desa. Dia adalah orang terkaya di sana dan memiliki rumah terbesar.

Ayahnya menyayangi dia, melebihi siapa pun. Seiring waktu berlalu, cintanya kepada Salman semakin kuat dan membuatnya semakin takut kehilangan Salman. Ayahnya pun menjaga dia di rumah, seperti penjara.

Ayah Salman memiliki sebuah kebun yang luas, yang menghasilkan pasokan hasil panen berlimpah. Suatu ketika ayahnya meminta dia mengerjakan sejumlah tugas di tanahnya. Tugas dari ayahnya itulah yang menjadi awal pencarian kebenaran.

“Ayahku memiliki areal tanah subur yang luas. Suatu hari, ketika dia sibuk dengan pekerjaannya, dia menyuruhku untuk pergi ke tanah itu dan memenuhi beberapa tugas yang dia inginkan. Dalam perjalanan ke tanah tersebut, saya melewati gereja Nasrani. Saya mendengarkan suara orang-orang shalat di dalamnya. Saya tidak mengetahui bagaimana orang-orang di luar hidup, karena ayahku membatasiku di dalam rumahnya! Maka ketika saya melewati orang-orang itu (di gereja) dan mendengarkan suara mereka, saya masuk ke dalam untuk melihat apa yang mereka lakukan.”

“Ketika saya melihat mereka, saya menyukai salat mereka dan menjadi tertarik terhadapnya (yakni agama). Saya berkata (kepada diriku), ‘Sungguh, agama ini lebih baik daripada agama kami’”.

Salman memiliki pemikiran yang terbuka, bebas dari taklid buta. “Saya tidak meninggalkan mereka sampai matahari terbenam. Saya tidak pergi ke tanah ayahku.”

Dan ketika pulang, ayahnya bertanya. Salman pun menceritakan bertemu dengan orang-orang Nasrani dan mengaku tertarik. Ayahnya terkejut dan berkata: “Anakku, tidak ada kebaikan dalam agama itu. Agamamu dan agama nenek moyangmu lebih baik.”

“Tidak, agama itu lebih baik dari milik kita,” tegas Salman.

Ayah Salman pun bersedih dan takut Salman akan meninggalkan agamanya. Jadi dia mengunci Salman di rumah dan merantai kakinya.

Salman tak kehabisan akan dan mengirimkan sebuah pesan kepada penganut Nasrani, meminta mereka mengabarkan jika ada kafilah pedagang yang pergi ke Suriah. Setelah informasi didapat, Salman pun membuka rantai dan kabur untuk bergabung dengan rombongan kafilah.

Ketika tiba di Suriah, dia meminta dikenalkan dengan seorang pendeta di gereja. Dia berkata: “Saya ingin menjadi seorang Nasrani dan memberikan diri saya untuk melayani, belajar dari anda, dan salat dengan anda.”

Sang pendeta menyetujui dan Salman pun masuk ke dalam gereja. Namun tak lama kemudian, Salman menemukan kenyataan bahwa sang pendeta adalah seorang yang korup. Dia memerintahkan para jemaah untuk bersedekah, namun ternyata hasil sedekah itu ditimbunnya untuk memperkaya diri sendiri.

Ketika pendeta itu meninggal dunia dan umat Nasrani berkumpul untuk menguburkannya, Salman mengatakan bahwa pendeta itu korup dan menunjukkan bukti-bukti timbunan emas dan perak pada tujuh guci yang dikumpulkan dari sedekah para jemaah.

Setelah pendeta itu wafat, Salman pun pergi untuk mencari orang saleh lainnya, di Mosul, Nisibis, dan tempat lainnya.

Pendeta yang terakhir berkata kepadanya bahwa telah datang seorang nabi di tanah Arab, yang memiliki kejujuran, yang tidak memakan sedekah untuk dirinya sendiri.

Salman pun pergi ke Arab mengikuti para pedagang dari Bani Kalb, dengan memberikan uang yang dimilikinya. Para pedagang itu setuju untuk membawa Salman. Namun ketika mereka tiba di Wadi al-Qura (tempat antara Suriah dan Madinah), para pedagang itu mengingkari janji dan menjadikan Salman seorang seorang budak, lalu menjual dia kepada seorang Yahudi.

Singkat cerita, akhirnya Salman dapat sampai ke Yatsrib (Madinah) dan bertemu dengan rombongan yang baru hijrah dari Makkah. Salman dibebaskan dengan uang tebusan yang dikumpulkan oleh Rasulullah SAW dan selanjutnya mendapat bimbingan langsung dari beliau.

Betapa gembira hatinya, kenyataan yang diterimanya jauh melebihi apa yang dicita-citakannya, dari sekadar ingin bertemu dan berguru menjadi anugerah pengakuan sebagai muslimin di tengah-tengah kaum Muhajirin dan kaum Anshar yang disatukan sebagai saudara.

Kisah kepahlawanan Salman yang terkenal adalah karena idenya membuat parit dalam upaya melindungi kota Madinah dalam Perang Khandaq. Ketika itu Madinah akan diserang pasukan Quraisy yang mendapat dukungan dari suku-suku Arab lainnya yang berjumlah 10.000 personel. Pemimpin pasukan itu adalah Abu Sufyan. Ancaman juga datang dari dalam Madinah, di mana penganut Yahudi dari Bani Quradhzah akan mengacau dari dalam kota.

Rasulullah SAW pun meminta masukan dari sahabat-sahabatnya bagaimana strategi menghadapi mereka. Setelah bermusyawarah akhirnya saran Salman Al Farisi atau yang biasa dipanggil Abu Abdillah diterima. Strategi Salman memang belum pernah dikenal oleh bangsa Arab pada waktu itu. Namun atas ketajaman pertimbangan Rasulullah SAW, saran tersebut diterima.

Atas saran Salman itulah perang dengan jumlah pasukan yang tak seimbang dimenangkan kaum Muslimin.

Setelah meninggalnya Nabi Muhammad, Salman dikirim untuk menjadi gubernur di daerah kelahirannya, hingga dia wafat.

Diolah dari Wikipedia, The Search for The Truth -by a Man Known as Salman the Persian karangan Dr Saleh as-Saleh, dan sumber-sumber lainnya. (jri)

Sumber: ramadan.okezone.com.

Wednesday, March 16, 2011

BUAT MUSLIMAH SEJATI.... :)


Sesungguhnya hijab menjagamu dari pandangan yang beracun. Pandangan yang berasal dari penyakit hati dan penyakit kemanusiaan. Hijab memutuskan darimu ketamakan yang berapi-api.
Amaran
Tidaklah pakaian itu sempit yang mempertontonkan bentuk anggota badannya, sebagaimana disebutkan dalam kitab Shahih Muslim dari Nabi Shalallahu'alaihi Wassallam bahwasanya beliau bersabda:
"Dua kelompok dari penduduk neraka yang aku belum melihatnya, (kelompok pertama) yaitu wanita yang berpakaian (pada hakekatnya) ia telanjang, merayu-¬rayu dan menggoda, kepala mereka seperti punuk onta (melenggak-lenggok, membesarkan konde), mereka tidak masuk surga dan tidak mendapatkan baunya. Dan (kelompok kedua) yaitu laki-laki yang bersamanya cemeti seperti ekor sapi yang dengannya manusia saling rnemukul-mukul sesama hamba Allah. "(HR. Muslim)
Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah Rahimahullah berkata di dalam Majmu' Al-Fatawa (22/146) dalam menafsirkan sabda Nabi Shalallahu'alaihi Wassallam:
"Bahwa perempuan itu memakai pakaian yang tidak menutupinya. Dia berpakaian tapi sebenarnya telanjang. Seperti wanita yang memakai pakaian yang tipis sehingga menggambarkan postur tubuh (kewanitaan)-nya atau pakaian yang sempit yang memperlihatkan lekuk tubuhnya, seperti pinggul, lengan dan yang sejenisnya. Akan tetapi, pakaian wanita ialah apa yang menutupi tubuhnya, tidak memperlihatkan bentuk tubuh, serta kerangka anggota badannya karena bentuknya yang tebal dan lebar."
Wahai Muslimah
Berpeganglah pada hijab. Dan janganlah kamu tergoda oleh pengumbar fitnah yang bertujuan memerangi hijab atau mengecilkan dari bentuknya. Sebab ia ingin menjadikanmu jahat. Sebagaimana firman Allah:
Sedang orang-orang yang mengikuti hawa nafsunya bermaksud supaya kamu berpaling sejauh jauhnya (dari kebenaran). " (An-Nisaa': 27)
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّبِىُّ قُل لِّأَزۡوَٲجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَآءِ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ يُدۡنِينَ عَلَيۡہِنَّ مِن جَلَـٰبِيبِهِنَّۚ ذَٲلِكَ أَدۡنَىٰٓ أَن يُعۡرَفۡنَ فَلَا يُؤۡذَيۡنَۗ وَكَانَ ٱللَّهُ غَفُورً۬ا رَّحِيمً۬ا





Saturday, March 12, 2011

MPP USIM (FIQH FATWA)

YANG DIPERTUA


SETIAUSAHA AGONG

EXCO BELIA DAN SUKAN
Salam...atas permintaan salah seorang sahabat kita, pihak UNIT MEDIA DAN PENERBITAN cuba mencari maklumat tentang MPP terbaru kita dari program fiqh fatwa khususnya.....SYUHADA A. HALIM memegang jawatan sebagai EXCO PEMBANGUNAN DAN SAHSIAH....mereka bakal ditauliah secara rasmi pada hari Selasa 15 Mac 2011....sama-samalah kita doakan agar mereka mampu menjalankan taklifan yang telah diberi!

Thursday, March 10, 2011

Jangan Nafikan Hak Orang Lain... :)


Situasi 1
Seorang guru atau pensyarah sedang mengajar di hadapan dengan penuh keikhlasan. Beberapa orang pelajar di bahagian hadapan sedang memberi tumpuan di dalam kelas.
Malangnya segelintir pelajar di bahagian belakang kelas sedang sibuk bersembang dengan rancaknya, malah sehingga mengganggu pengajaran guru di hadapan sekaligus mengganggu pelajar-pelajar yang sedang memberi tumpuan.
Situasi 2
Seorang pengunjung A sedang makan tengahari di sebuah kedai makan di bandar ibu kota. Dengan perut yang tengah lapar, maka pengunjung A tadi terus memesan makanan yang disediakan di dalam menu. Selang beberapa minit, hidangan pun sampai, maka pengunjung tadi pun memulakan suapan pertamanya.
Kemudian datang seorang pengunjung B lagi menghampiri kedai dan duduk di meja belakang pengunjung A lalu memesan hanya minuman. Sementara menunggu minumannya sampai, pengunjung B tadi mengeluarkan sekotak rokok dari poketnya lalu mengeluarkan sebatang rokok, lalu dihidupkan pemetik api untuk menyalakan rokoknya. Pengunjung A yang sedang menikmati juadahnya terus hilang selera disebabkan asap rokok tadi.
Bagaimana perasaan sahabat-sahabat jika perkara ini berlaku pada diri kita sendiri?
Dua situasi di atas mungkin pernah berlaku pada diri kita, mungkin di dalam kelas dan mungkin juga di kafe-kafe atau gerai makan. Mungkin perasaan geram, marah dan sebagainya akan timbul dalam diri kita dan mungkin juga sumpah seranah dan makian yang terkubur dalam hati yang tak mampu untuk diluahkan secara kasarnya.
Pernahkah orang yang melakukan perkara-perkara itu mengendahkan kehadiran kita?
Dunia ini bagaikan mereka yang punya, suka hati merekalah nak lakukan apa saja yang mereka suka, mereka nak bising ke, nak hisap rokok berpuluh-puluh batang ke, terpulang pada diri mereka. Mungkin itulah jawapan yang paling tepat yang boleh dikatakan bagi pihak mereka.
Jika dilihat dari perspektif kita mungkin mereka ini boleh digolongkan dalam golongan yang sebenarnya menafikan hak orang lain. Apabila menyebut menafikan hak orang lain, maka istilah yang boleh saya katakan tepat untuk mereka ialah zalim.
Kenapa Zalim?
Apabila kita meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya maka itu dikira zalim. Seorang yang membuat bising di dalam kelas ketika mana guru sedang mengajar dan pelajar lain sedang menumpukan pada pengajaran guru dikira zalim kerana dia telah menganggu hak guru yang sedang mengajar dan pelajar lain yang sedang belajar.
Manakala seorang perokok dikira zalim kerana dia telah menafikan hak orang lain untuk menghirup udara segar yang diciptakan oleh Allah kepada setiap makhluk di muka bumi ini.
Tidak tepatkah andaian ana ini?
Ketika mana kita sedang seronok dengan perbuatan kita, orang lain sedang sengsara dengan perbuatan yang kita lakukan. Adilkah begitu wahai sahabat-sahabat?
Saya tinggalkan persoalan terakhir ini untuk kita sama-sama muhasabah diri kita semula, mungkin banyak lagi perkara yang kita dah nafikan hak orang lain, cuma dua perkara ini yang hendak saya ketengahkan.
Cuba kita fikir-fikirkan semula, pernah tak kita nafikan hak orang lain. Wallahualam..

Dipetik dari ILUVISLAM

Friday, February 25, 2011

kejohanan debat piala naib canselor


salam..

jangan lupa untuk menyaksikan kejohanan debat piala naib canselor. harap kawan fifa yang berkelapangan dapat turun memberi sokongan. ayuh sama2 bagi semangat kepada student2 fifa yang mewakili FSU!

Saturday, February 19, 2011

MARI TURUN MENGUNDI CALON-CALON FIQH FATWA!

TLC 1

TLC 1

SALAM..

Malam Pengenalan Calon Majlis Perwakilan Pelajar


jam : 8.00 malam

tarikh: 18/2/2011

tempat : Kolej Kediaman 1


Hari Mengundi

tarikh: 21/2/2011

tempat: FSU

masa: 8 pg- 4.30 ptg




marilah bersama2 trun pada malam ini, untuk mendengar ucapan dari bakal pemimpin ANDA!

Sunday, February 13, 2011



Salam ukhwah...mari sertai program-program MPP bersempena dengan MAULIDUR RASUL!

Tuesday, February 1, 2011

KAEDAH MENGHAFAL AL-QURAN



a) Pertama,mulakan dengan bertaubat dengan sebenar-benar taubat keranasesungguhnya dosa-dosa tidak akan memberi ruang untuk ayat-ayat Quran bertapak di hati manusia. Imam Al-Shafie di dalam satu petikan sajaknya yang terkenal mengadu kepada gurunya akan dirinya yang agak sukar untukmenghafal dengan baik.Gurunya lalu menasihatinya agar meninggalkan dan bertaubat akan segala dosa- dosanya. 

b) Mempunyai niat yang benar dan percaya akan balasan baik yang akan diperoleh seperti yangdinyatakan di dalam hadis di atas. Mintalah bantuan Allah dengan seikhlas hati untuk sentiasa memudahkan kita menghafal ayat-ayatsuciNya. 

c) Peruntukkan sebahagian waktu setiap hari (atau selang beberapa hari) untuk menghafal ayat-ayat Quran.Masa yang paling baik adalah pada waktu yang kita tidak sibuk dengan hal-hal lain. 

d)Gunakan naskah Quran yang sama setiap kali kita menghafal.Ini membantuminda kita menangkap dan mengingat apa yang terdapat pada helaian mukasurat ayat yang kita ingin hafal.(mind snapshot) 

e) Mulakan dengan surah-surah yang paling mudah bagi kita.Ramai yang menyarankan agar hafalan bermula dengan lima juzu' terakhir( bermula dengan juzu'30,juzu' 29 dan seterusnya) 

f) Hafalan juga boleh dimulaka ndengan surah-surah yang paling kita gemar membacanya atau yang selalu kita dengar ataupun yang kita sudah biasa dan sudah pula ingat sebahagiannya. 

g) Sebenarnya, lebih muda umur kita, lebih mudah untuk kita menghafalnya.Semakin kita berumur, kita akan lebih sibuk dengan pelbagai urusan dan kemampuan untuk mengingat juga semakin berkurangan. Walaubagaimanapun, walau berapa pun umur kita, kita masih belum terlambat sebenarnya,insya Allah. Walaupun kita tidak pernah menghafal ayat-ayat Quran pada usia kecil atau pada masa usia remaja,namun kita masih lagi berpeluang menghafalnya jika kita mahu. 

h)Setelah menghafal beberapa ayat, cubalah membacanya di dalam solat-solat sunat yang biasa kita lakukan.Selain itu,mintalah bantuan rakan-rakan ataupun pasangan kita untuk mendengar bacaan hafalan ayat-ayat itu . 

i) Menghafal secara berkumpulan juga merupakan satu cara yang baik apatah lagi dengan sentiasa bersama-sama memberi galakan di antara satu sama lain. Sebagai ibu bapa pula,apa salahnya mewujudkan pertandingan di antara anak-anak dan memberi hadiah pada siapa yang berjaya menghafal dengan baik.

semoga berjaya...


Monday, January 31, 2011

FIFA Huffaz

Assalamualaikum…kepada sahabat FIFA Gen 5…apa khabar iman hari ini,adakah dalam ‘kehausan’ atau ‘kekenyangan’. Semoga cuti seminggu yang dikurniakan ini dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya. Bagi yang pulang ke kampung,penuhi hari-hari dengan berbakti kepada ibu bapa. Jangan lupa kepada ‘1 hari 1 Ma’thurat’. Untuk pengetahuan sahabat-sahabat FIFA Gen 5,Program FIFA Huffaz adalah program di peringkat percubaan Unit Pembangunan Insan (UPIN) bermula semester ini sehingga tamat belajar & ke akhir hayat. Secara sah program ini akan di’on’ selepas cuti raya cina ni. Semua sahabat diminta untuk pilih salah satu pakej hafazan al-Quran dan wajib hafal Hadis 40 (Matan Arbain). Hafazan Hadis 40 adalah diwajibkan untuk semua sahabat FIFA  Gen 5  pada semester ini &Matan Arbain akan diedarkan selepas cuti raya cina ini. Di sini pihak UPIN sertakan 2 teknik hafazan al-Quran yang boleh sahabat-sahabat rujuk & praktis pada cuti ini. Diharap sahabat-sahabat dapat menyambut baik & menyokong Program FIFA Huffaz.