Saturday, October 15, 2011

SYUKRAN TERIMA KASIH THANK YOU

In the name of Allah the Most Gracious & Most Merciful..


Kami dari tanzim FIFA Gen-5 2011/2012 ingin mengucapkan ribuan terima kasih pada 
semua ahli tanzimFIFA Gen-5 2010/2011 kerana sentiasa memberi tunjuk ajar dan 
nasihat pada tanzim baru.Kami sentiasa mengharapkan tunjuk ajar daripada anda semua kerana andalah sifu kami :)


Kepada rakan-rakan FIFA Gen-5, jutaan terima kasih diucapkan kerana memilih kami 
ahli-ahli tanzim baru. Jika terdapat sebarang masalah atau nasihat atau cadangan sila berhubung 
dengan kami :).


Semoga kita sentiasa sukses dunia & akhirat. Allah itu Maha Besar ~


-KITA MERANCANG, ALLAH JUGA MERANCANG, 
DAN PERANCANGAN ALLAH ITU LEBIH BAIK ( Al-Imran: 54 )-

Friday, October 14, 2011

AHLI TANZIM BARU 2011/2012

AMIR: AKMAL SAIRAN
NAIB AMIR: FARHAN ASHARI
AMIRAH: SITI ZULAIKHA MOKHTAR
SETIAUSAHA : SITI SYAHERA MOHAMAD AZEMAN
BENDAHARI: SAIDAH NAFISAH RAZALI

LUJNAH PEMBANGUNAN INSAN: KHAIRUL ANUAR
                                                             AFIFAH MOKHTAR

LUJNAH AKADEMIK: ABDUL HAKAM MOHD YUSOFF
                                      UMMU SALAMAH AHMAD

LIJNAH SUKAN DAN REKREASI: SAIFUDDIN HAMIDZI
                                                           NIK NUR FARAHIN NIK ZULKIFLI

LUJNAH KEBAJIKAN: MUHAMAD ALHANIF 
                                       SITI NABILAH BINTI ADNAN

LUJNAH KEUSAHAWANAN: NAZIRUL HAFIZ SAILAL
                                                   SA'IDAH SAMSO ANUAR

LUJNAH MULTIMEDIA: MOHD KHAIRI
                                          NOR ALIA DIANA BINTI KHOLIL

                                       

Monday, August 15, 2011

EVALUASI STANDARD TAQWA DALAM RAMADHAN



15 Hari Ramadhan telah berlalu. Terasa cepat masa memotong kita.

Teringat pula pepatah arab:


الوقت كالصيف إن لم تقطعه قطعك

Firman Allah Taala dalam Al-Quran:

والعصر إن الإنسان لفي خسر إلا الذين ءامنوا وعملول الصالحات وتوا صوا بالحق وتوا صوا باصبر

Kita cuba nak recheck atau muhasabah diri setelah berlalunya 15 hari ramadhan. Adakah matlamat taqwa itu berjaya digapai atau gagal dicapai?

Firman Allah Taala berkenaan puasa dalam bulan Ramadhan:

يأيها الذين ءامنوا كتب عليكم الصيام كما كتب على الذين من قبلكم لعلكم تتقون


Berdasarkan kalimatain 'لعلكم تتقون' , yang bermaksud mudah-mudahan kamu bertaqwa itulah kita ambil sebagai natijah yang sepatutnya menjadi target kita dalam bulan ramadhan ini.
Standard taqwa mampu dicapai berdasarkan 4 aspek:

1. AQIDAH
2. IBADAH
3. AKHLAK
4. ILMU

AQIDAH

Jika kita lihat balik dalam hari-hari yang berlalu sepanjang ramadhan, adakah kita merasakan diri kita ini semakin dekat dengan Allah SWT? Lazimnya apabila Ramadhan menjengah, kita mula merasa akan kesyahduan iman yang terbit dari lubuk hati, mula merasa diri diperhatikan Allah.

Bukan itu sahaja, malah keimanan terhadap Nabi dengan mengamalkan sunnah Baginda turut mekar pada bulan yang mulia ini. Sebagai contoh hadis Nabi mengenai sahur:


Kita cuba mengikut Sunnah Nabi dengan bersahur. lebih cantik lagi, kita bersahur dengan tamar seperti yang selalu dilakukan oleh Nabi. Mengikut sunnahnya, menunjukkan kecintaan kita terhadap Baginda.

IBADAH

Ibadah seseorang diterima berdasarkan niat individu itu sendiri. Cuba kita bermuhasabah, adakah ibadah yang kita kerjakan masih bertahan sehingga masuknya 15 Ramadhan? Atau 'terkulai' di tengah jalan?

Apakah syarat-syaratnya ibadah kita diterima oleh Allah swt?

Syarat PERTAMA:
Ikhlas kerana Allah Taala  

Firman Allah dalam Al-Quran:

إن صلاتي ونسكي ومحياي ومماتي لله رب العالمين

Setiap hari kita menyebut kalimah-kalimah ini dalam solat kita. Sedar tak sedar kita telah mengaku bahawa kita telah serahkan segalanya padaNya.

Syarat KEDUA:
Setiap amalan yang dilakukan tidak bercanggah dengan syarak

عن ابي هريرة رضي قال ، عن النبي (ص) قال : تركت فيكم امرين لن تضلوا ما ان تمسكتم بهما : كتاب الله و سنة نبيه ( رواه مالك )

Amalan yang tidak bercanggah dengan syarak bermaksud amalan-amalan tersebut tidak lari 
.daripada apa yang terkandung dalam al-Quran sunnah

AKHLAK
  .Ramadhan mengajar kita basic akhlak 
 ,Ramadhan mengajar kita rajin bersedekah
,Ramadhan mengajar kita sabar
.Ramadhan mendidik kita supaya taat kepada kedua ibubapa

,Jikalau kita masih tak lulus ujian akhlak dalam ramadhan
apatah lagi akhlak kita di luar ramadhan...renung-renungkan
حاسبوا أنفسكم!
!nilailah diri kamu

ILMU


Diriwayatkan Rasulullah dalam satu hadis kepada Abu Dzar bahawa pergi mengajarkan satu bab ilmu pengetahuan itu lebih baik dari solat seribu rakaat
hadis riwayat ibn majah-

.Fadhilat ibadah lebih baik dari fadhilat ilmu berdasarkan dalil ini
   .Terdapat masjid atau surau yang menganjurkan majlis ilmu di antara solat sunat tarawikh Hal ini patut dipuji kerana mereka sedar akan kepentingan menuntu ilmu itu sendiri

طلب العلم فريضة على كل مسلم

.Kesimpulannya segala amalan bergantung kepada niat
.Kita nak dapat segulung ijazah taqwa pada malam raya nanti
 Dan kesan taqwa itu adalah bermula pada 1 syawal dan 11 bulan berikutnya


NUKILAN
ADMIN

Tuesday, August 2, 2011


Alhamdulillah. Kita sudah sampai ke fasa ramadhan yang mulia ini. Sehubungan dengan itu, TANZIM FIFA mengucapkan SELAMAT MENEMPUH RAMADHAN DENGAN PENUH KEIMANAN DAN KETAQWAAN

   :  قال رسول الله  صلى الله عليه وسلم
من قام رمضان ايمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Saya telah mendengar sabda Rasulullah s.a.w. mengenai Ramadan: Sesiapa yang mendirikan sembahyang (Tarawih) dalam bulan itu dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu.


Kita lihat apa kata-kata sahabat-sahabat kita di FIFA:)


JOM TARGET QURAN RAMADHAN!
Bagi sahabat2 yang berminat & menyintai Kalaamullah:
------------------------------​--------------------
*Setiap kali sebelum/selepas solat 5 waktu, baca al-Quran 4 muka surat.
*Setiap hari bermakna: 4(m/s) X 5(waktu solat) = 1 juzuk.
*Satu bulan Ramadhan bermakna: 1(juzuk) X 30(hari) = Khatam 30 juzuk.
*Aidilfitri + Majlis Khatam Al-Quran = Kan indah :)
najat nabihah


Salam ramadhan kareem dari bumi suci mekah, Kekuatan ramdhan adalah pengampunan dosa sehingga ke Ramadhan seterusnyaahmad syihan

sempena ramadhan ini, jadilah hamba yang menghambakan diri kepada Allah. bukan kepada ramadhan semata-mata.. salam ramadhan semua :) ramadhan kareem.- siti nabilah adnan

"Puasa itu benteng, bila seseorang diantara kamu berpuasa, hendaklah ia tidak berkata kotor dan berlaku jahil. Bila ada seseorang yang memaki dengan kata-kata dan hendak diserang hendaklah ia berkata: "sesungguhnya aku berpuasa". (HR Abu Daud dan Bukhari)akmal sairan


Moga amal ibadat yang dilakukan bukan bermusim sahaja, bahkan berpanjangan selama mana kita hidup di atas muka bumi ini....Syukran
    

Thursday, July 14, 2011

Bertuahnya menjadi ahli Tanzim..Alhamdulillah

Bismillahirrahmanirrahim...mudah-mudahan kalamku tidak mengandungi kata-kata cela mahupun nista....amin

Di waktu malam dan ketika ini di pejabat yang sunyi, bila berkesempatan singgah ke blog FIFA GEN5, saya merasakan rindu yang teramat pada kalian sahabat...lebih-lebih lagi TANZIM FIFA GEN5....

KENAPA??
sebab saya merasakan, walaupun saya cuba terlibat dalam organisasi-organisasi yang lain, ukhwah dan kerjasama yang dipamerkan oleh ahli Tanzim khususnya, sangat erat dan kuat.  Jika ada sebarang program yang dijalankan, saya dapat lihat, ahli-ahlinya dapat melakukannya bersama-sama meskipun terkadang tugas tersebut bukan tugas mereka.Sebagai contoh, jika ada seorang ahli bertanggungjawab untuk menyediakan cenderamata, ahli lain pun turut ingin membantu sungguhpun mereka ada tugas sendiri....bila dana tidak mencukupi, semua ahli sanggup mengeluarkan duit sendiri demi program berjalan lancar...
INDAHNYA UKHWAH:)

Dan terkadang saya terfikir...kenapa hal ini terjadi???
saya mendapat jawapan yang mungkin jawapannya...KEBERKATAN SYURA itu sendiri...ahli-ahli Tanzim dipilih melalui syura....saudara Farid Hadhari dan saudari Najat Nabihah selalu menekankan tentang keberkatan syura...dan kini saya dah dapat lihat kesannya:)

Mengapa saya mencoret akan hal ini???
mungkin kerana saya telah berada dalam organisasi lain dan saya lihat ahlinya tiada kerjasama, ketuanya tidak merakyatkan kepimpinan, dan banyak lagi yang pincang...mungkin ini lah ujian buat hamba yang lemah ini...
bukan Tanzim itu 'perfect', tapi saya merasakan kemanisan berada didalam'nya'...bak kata pepatah 'BERAT SAMA DIPIKUL, RINGAN SAMA DIJINJING'....

Akhir kalam,Moga peneraju Tanzim seterusnya adalah peneraju yang lebih baik dari perintis Tanzim yang lepas....

 Yang Benar,
Ahli Tanzim