Saturday, August 28, 2010

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT & MAJLIS KHATAM AL-QURAN FIFA TAHUN 2 DAN MPP

Rahman menerima bungkusan nasi ayam dari kak huda.....
rahman, naim dan azmi bersemangat 'monitor' bubur lambuk!
Squad muslimah FIFA GEN5 & MPP tidak kurang hebatnya
dalam menyumbang titik peluh mereka....
Majlis khatam diketuai Farhan (TLC 1)....semua mahasiswa segak
berbaju melayu dan bersampin....
selepas selesai tarawikh.....jemaah sempat bergambar dengan
isteri ust wifaq dan anak-anaknya....


Assalamualaikum.Sempena NUZUL AL-QURAN, pihak MT TANZIM FIFA GEN5 bersama MPP telah mengadakan program KHIDMAT MASYRAKAT dan MAJLIS KHATAM AL-QURAN pada 27/8/2010 bersamaan hari Jumaat.  Disini kami sertakan gambar-gambar menarik sepanjang program untuk tatapan mahasiswa FIFA GEN 5 khususnya!

Saturday, August 21, 2010

Kesilapan Kerap Muslim di Ramadhan

Oleh Ust Zaharuddin Abd Rahman

Pada hemat saya, kita bolehlah mengatakan bahawa objektif atau sasaran

yang perlu dicapai oleh Muslim di bulan Ramadhan ini kepada dua yang

terutama. Iaitu taqwa dan keampunan. Perihal objektif taqwa telah

disebut dengan jelas di dalam ayat 183 dari surah al-Baqarah. Manakala

objektif 'mendapatkan keampunan' ternyata dari hadith sohih tentang

Sayyidatina Aisyah r.a yang bertanya kepada nabi doa yang perlu dibaca

tatkala sedar sedang mendapat lailatul qadar. Maka doa ringkas yang

diajar oleh Nabi SAW adalah doa meminta keampunan Allah SWT.



Bagaimanapun, kemampuan untuk mendapatkan kesempurnaan pahala ramadhan

kerap kali tergugat akibat kekurangan ilmu dan kekurang perihatinan

umat Islam kini. Antara yang saya maksudkan adalah :-



1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja


(bukan kerana uzur yang diterima Islam). Perlu diketahui bahawa

sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti

mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia

dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara

yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu.. (Fiqh as-Siyam,

Al-Qaradawi, hlm 112).



Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya

kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya :

'sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia


berpuasa baki waktu harinya itu' (Riwayat al-Bukhari)




2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir


malam. Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari

mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah

bercanggah dengan sunnah baginda. 'Sahur' itu sendiri dari sudut

bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula

menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469).

Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai

objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)



3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain. Ini

satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya

adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat

malam.



Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : ' dan ketika


waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar'


(Az-Zariyyat : 18)



يا رسول الله , أي الدعاء أسمع ؟ : قال : جوف الليل الأخير ودبر الصلوات المكتوبة



Ertinya : 'Ditanya kepada Nabi (oleh seorang sahabat) : Wahai

Rasulullah :' Waktu bilakah doa paling didengari (oleh Allah s.w.t) ;

jawab Nabi : Pada hujung malam (waktu sahur) dan selepas solat fardhu'

( Riwayat At-Tirmidzi, no 3494 , Tirmidzi & Al-Qaradhawi : Hadis Hasan

; Lihat Al-Muntaqa , 1/477)



4) Menunaikan solat witir sejurus selepas terawih. Menurut dalil-dalil

yang sohih, waktu yang terbaik bagi solat witir adalah penutup segala

solat sunat di sesuatu hari itu berdasarkan hadith ertinya 'Jadikanlah

solat sunat witir sebagai solat kamu yang terakhir dalam satu malam'.

(Fath al-Bari, no 936). Sememangnya tidak salah untuk melakukan witir

selepas terawih, cuma sekiranya seseorang itu yakin akan kemampuannya

untuk bangun bersahur dan boleh melakukan solat sunat selepas itu,

maka adalah lebih elok ia melewatkan witirnya di akhir malam.



5) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa. Ia adalah satu kesilapan

yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi

ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang.

Justeru, 'ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa

seseorang itu menjadi 'kurus kering' pastinya.



6) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih. Ini

jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa.

Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat

fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang

disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara

berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.



7) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah.

Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat

utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid

adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap

ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di

dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, 'Sesungguhnya sesuatu amalan


itu dikira dengan niat'. (Riwayat al-Bukhari)



8) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari


dengan alasan berpuasa. Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat

dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat

Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan

mengurangkannya di Ramadhan ini.



9) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat.

Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut

berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami'

as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)



10) Menganggap waktu imsak sebagai 'lampu merah' bagi sahur. Ini

adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah 'lampu amaran

oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa

waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan

sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi

alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa

pada hari itu. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat

sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md

'Uqlah, hlm 278)



11) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat. Ini

nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid,

malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan

dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat

mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah

buat lelaki ketika di masjid.



12) Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta


haram, samada terlibat dengan pinjaman rumah, kad kredit, insuran,


pelaburan dan kereta secara riba. Ini sudah tentu akan memberi kesan

yang amat nyata kepada kualiti ibadah di bulan Ramadhan, kerana status

orang terlibat dengan riba adalah sama dengan berperang dengan Allah

dan RasulNya, tanpa azam dan usaha untuk mengubahnya dengan segera di

bulan 'tanpa Syaitan' ini, bakal menyaksikan potensi besar untuk gagal

terus untuk kembali ke pangkal jalan di bulan lain.



Nabi Muhammad menceritakan :-



ذَكَرَ الرَّجُلَ يُطِيلُ السَّفَرَ أَشْعَثَ أَغْبَرَ يَمُدُّ يَدَيْهِ


إلى السَّمَاءِ يا رَبِّ يا رَبِّ وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ وَمَشْرَبُهُ


حَرَامٌ وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ وَغُذِيَ بِالْحَرَامِ فَأَنَّى


يُسْتَجَابُ لِذَلِكَ



Ertinya : menyebut tentang seorang pemuda yang bermusafir dalam

perjalanan yang jauh, hal rambutnya kusut masai, mukanya berdebu di

mana dia mengangkat tangan ke langit : Wahai Tuhanku...wahai

Tuhanku... sedangkan makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya

haram..Dan dia dibesarkan dengan memakan makanan haram maka bagaimana

Kami mahu mengabulkan doanya. ( Riwayat Muslim, no 1015, 2/703 ; hadis

sohih)



Justeru, bagaimana Allah mahu memakbulkan doa orang yang berpuasa

sedangkan keretanya haram, rumahnya haram, kad kreditnya haram,

insurannya haram, simpanan banknya haram, pendapatannya haram?. Benar,

kita perlu bersangka baik dengan Allah, tetapi sangka baik tanpa

meloloskan diri dari riba yang haram adalah penipuan kata Imam Hasan

Al-Basri.



13) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka. Ini satu

lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW

telah menyebut :-



ثلاثة لا ترد دعوتهم , الإمام العادل , والصائم حتى يفطر ودعوة المظلوم



Ertinya : 'Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang

adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi'

( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir :

Sohih )



Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka

berdasarkan hadith.



إن للصائم عند فطره دعوة لا ترد



Ertinya : 'Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau

hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak' ( Riwayat Ibn Majah, no

1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)



Sekian, SEBAR-SEBARKANLAH



Sumber : Ust Zaharuddin Abd Rahman (Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa)

url : http://www.zaharuddin.net/content/view/148/90/


unit media & penerbitan

Tuesday, August 3, 2010

we’re. nothing . nobody


Assalamua’laikum and greetings to all….

Dalam menjalani kehidupan seharian neh banyak yang dapat kita belajar drpd org len.

Dengan observe apa yang org len buat…kita dpat observe balik diri kita.

Dengan justify tindakn org len..kita dapat justify jugak tindakan kita.

Dengan nilai diri org len…kita dpt nilai balik diri kita.

Bila tengok drug addicts…tindakan reflek kita slalunya akan kutuk those people habis-habisan..contoh macam..menghabiskan duet kerajaan betollah dorang neh!

Bila baca paper kes buang baby yg kiut miut,,sempurna sifat,etc …tindakan spontan kita selalunya akan pertikai tindakan org yg buang bayi tue…contoh macam..dah tak dak otak ke apa dorang neh?? Tue tak yah amek kire ag words yg kaw2 punye pedas….

Bila baca pasal org lari ikot pakwe ntah ke mana..tinggal mak bapak,family,pelajaran segala bagai….secara normalnya kita akan kutuk org tue…

And the list goes on….

Memang normal tindakan kita tue…

Sebab kita tau benda yg dorg buat tue salah…

Tapi..

kalo nak fikir dalam2…

Kita pon boleh jadi macam dorang gak…

Kalo bukan sebab RAHMAT ALLAH…kita pon bley terjebak jadi drug addicts..etc..

Kalo bukan sebab RAHMAT ALLAH….kita pon bley jadik salah sorang drpd org yg buang bayi tue…


Kalo bukan sebab RAHMAT ALLAH…kita pon bley jadik salh sorang drpd org yg lari ikot pakwe..tinggal
parents,tinggal family…

Kalo bukan sebab RAHMAT ALLAH…kita pon bley jadik org yg ignorant pasal agama…yang jenis tak peduli hukum TUHAN..… conduct hidup ikot suka suki skema sendiri…

Kalo bukan sebab RAHMAT ALLAH…

WE’RE. NOTHING. NOBODY.

HERE AND HEREAFTER.

So, bila berhadapan dengan hal2 macam neh, kita sepatutnya memg sangat2 kene bersyukur…

Memang sangat100x kene bersyukur….

Sebab antara menjadi hamba ALLAH yang baik dengan menjadi hamba ALLAH yg tak baik…dua perkara nie haanya dipisahkan oleh a very tiny invisible line…

hati kita neh ALLAH yang pegang…kalo DIA nak turn around our heart from HIM..tak sempat kita nak kelip mata pon DIA BOLEH BUAT….

Boleh jadik hari neh elok2 kita cukup solat 5 waktu, tapi esoknya ALLAH balikkan hati kita, jadik malas nak solat.

Boleh jadik hari neh elok2 kita pakai pakaian tutup aurat, ikut syariat tapi esoknya ALLAH balikkan hati kita, jadik kita tak nak dah tutup2 aurat neh…

Boleh jadik hari nie elok2 kita berada dalam ISLAM,bergelar MUSLIM/MUSLIMAH…tapi esoknya ALLAH tarik balik nikmat ISLAM DAN IMAN tue dari diri kita, jadi murtad…

ASTAGHFIRULLAH…

NAU’ZUBILLAH MIN ZALIK….

Sebab tue kita kene slalu doa…

يا مقلب القلوب, ثبت قلوبنا على دينك وعلى طاعتك

YA MUQALLIBAL QULUB..SABBIT QULUBANA A’LA DINIK WA A’LA TOA’TIK

[WAHAI TUHAN YG MEMBOLAK-BALIKKAN HATI..TETAPKAN HATI2 KAMI PADA AGAMAMU..DAN TETAPKAN HATI2 KAMI UNTUK TERUS TAAT KEPADAMU]

Dan it is best for us untuk sama2 doakan org2 yg dah jauh dari ikot skema ALLAH dan RASUL moga2 dorg sedar dan sama2 kembali ke pangkal jalan…ameen .sebab kalo takat kutuk2..komen2…cakap2 belakang pon kita x mengubah apa2…lagi menambah dosa ada..ye tak???

Ayuh sama2 kita muhasabah dan berubah..


Wallahua’lam..=)


by es squared