Thursday, March 18, 2010

Jadual Waktu Kita...



السلام عليكم ورحمة الله

Hmm puas saya mencari hikmah kenapa waktu solat sering berubah2..contohnya waktu zohor..mungkin hari ni masuk waktu pukul 1.20 petang..kejap lagi 2,3 hari lepas tu 1.25 petang..atau pun berkurang jadi 1.23 petang..begitulah ia berubah2..begitu juga waktu solat yang lain..

Mungkin kita sudah biasa dengar tentang kenapa kita perlu solat subuh, solat zohor dan solat2 yang lain..apa hikmah di sebalik solat 5 waktu etc..dari segi saintifik pun dah ada pakar2 yang menjawab..

Tapi entah saya yang ketinggalan zaman..atau saya memang betul2 tak pernah dengar..mengapa waktu solat lima waktu sentiasa berubah2 dalam seminggu mahupun sebulan..
kadang2 semakin cepat waktunya..kadang2 semakin lewat waktunya..begitulah ia bertukar2..

Fikir punya fikir..akhirnya Allah jua yang bagi saya ilham untuk mencari hikmah di sebalik waktu solat yang senantiasa berubah2 ini..walaupun berubahnya hanya dalam 2-3 minit je..

Barangkali di sinilah Allah ingin menguji kita semua umat Islam..ingin membezakan antara seorang Islam dengan seorang yang lain..

Adalah menjadi satu kebiasaan bagi seseorang yang jaga waktu solatnya..dia akan sentiasa peka bila waktu solat akan masuk..kalau waktu solat masuk lebih awal..dia akan berusaha untuk adjust waktu dia..begitu juga kalau waktu solatnya lewat..seboleh2nya dia akan cuba sebaiknya mengubah waktu hariannya untuk awalkan waktu solat..

berbanding dengan orang yang kurang menjaga waktu solatnya..tak kira la waktu zohor masuk pukul berapa..sama ada awal atau lewat..waktu solatnya tetap sama..mungkin kalau terbiasa buat pukul 2.30 petang contohnya..maka begitulah setiap hari waktunya..maka tiada beza sama ada solat masuk lebih awal atau lewat..

Kadang2 kita mengawalkan waktu solat kita hanya kerana kita ada urusan lain..seperti kita ada kelas pukul 2 petang..jadi kita kena awalkan..atau kita nak keluar malam waktu isyak..jadi takut balik lewat..kita pun dengan sendiri mengawalkan solat kita..cukuplah beberapa contoh..

Dari sinilah Allah menguji kita sama ada kita patuh pada jadual waktu yang Allah tetapkan atau jadual waktu yang manusia tetapkan..
jadual waktu Allah sentiasa berubah2 bagi setiap waktu..untuk menguji sama ada manusia ini dapat menempuh ujian tersebut atau tidak
dan pastinya jadual waktu ciptaan manusia selalunya jarang sekali berubah..

contoh..waktu kerja setiap hari pukul 8 pagi dan waktu balik kerja pukul 5..waktu buletin utama tv3 pun setiap malam tetap sama pukul 8 malam..begitu juga jadual2 ciptaan manusia yang lain..

kita akan sedaya upaya berusaha bersungguh2 untuk mematuhi jadual ciptaan manusia ini..datang kerja sebelum waktunya..menunggu rancangan tv kegemaran juga sebelum waktunya..
tapi ramai antara kita yang kurang peduli tentang jadual Allah yang berubah2 ini..berubah2 untuk menguji kesetiaan ‘pekerja’ dengan ‘bos’nya..berubah2 kerana ingin melihat siapa antara kita yang bersedia untuk mematuhinya..

yang pasti..jadual manusia lah yang lebih dipatuhi kerana kita takut dimarahi bos angkara datang lewat..kita takut terlepas menonton rancangan kegemaran kita walaupun cuma seminit dua sahaja..kerana kita terlalu cintakan akan dunia (barangkali)

Ayuh bermuhasabah diri kita bersama2..cubalah aplikasikan kepatuhan dua2 jadual ini dengan sebaiknya..agar kedua2 matlamat dunia dan akhirat kita seimbang..InsyaAllah..nampak mudah dari pandangan mata..tapi sukar sama sekali untuk dilaksanakan..

moral: alangkah uniknya jadual waktu ciptaan Allah..
by:أديبب

"Benarkah kita membuat jadual untuk mendisiplinkan diri kita?” Tanya seorang ‘sir’.

Masing-masing berbeza jawapan…

Ya, jadual dibuat untuk mengurus diri kita..Namun realitinya, sesistematik manapun kita melakar jadual, tetapi jika jadual Allah tidak diikuti…

Maka berjayakah kita???

No comments: