Sunday, April 18, 2010

hijrah ibarat keldai??




Knape post asek berkaitan tentang haiwan ye..he2.saje nk tarik phatian


Tajuk tazkirah ini adalah berkaitan dengan hijrah kepada Allah dan RasulNya dgan sbenar2 hijrah..


إنما الأعمال بالنيّات ، وإنما لكل امريء مانوى ، فمن كانت هجرته إلى الله ورسوله ، فهجرته إلى الله ورسوله ، ومن كانت هجرته لدنيا يصيبها ، أو امرأة ينكحها ، فهجرته إلى ما هاجر إليه



Dalam hadith tersebut dinyatakan dengan jelas bahawa barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan rasulNya, maka hijrahnya itu itu adalah kepada Allah dan rasulNya. Barangsiapa yang berhijrah kpada dunia atau wanita untuk dinikahinya, maka hijrahnya itu kepada apa yg dia hijrahkan..

Suka di sini untuk mengambil kata2 yang pernah diungkapkan oleh syeikh Ibn ‘Ata’ Allah al-sakandari (r.h) Dalam kitabnya :

لا ترحل من كون الى كون, فتكون كحمار الرحى يسير, والمكان الذي ارتحل اليه, هو الذي ارتحل عنه ولكن ارتحل من الأكوان الى المكوّن, وإنّ إلى ربك المنتهى

Maksudnya:

Janganlah anda berpindah (berhijrah) daripada alam makhluk menuju ke alam yg lain, nescaya engkau akan jadi seperti keldai pengirah air ( atau keldai pengisar gandum) yg berjalan, sedangkan tempat yg ia tujui itu, itulah juga tempat yg ia mulakan perjalanannya. Tetapi, hendaklah anda berhijrah daripada makhluk menuju Tuhan Pencipta Makhluk. Sesungguhnya kepada tuhanmu itulah tempat (perjalanan) terakhir.

Perjalanan daripada suatu alam menuju ke suatu alam bermaksud perjalanan daripada suatu makhluk untuk mencari makhluk, seumpama orang yang hidup secara zuhud di dunia dan memfokuskan diri beribadah kepada Allah, di mana dengan perbuatan itu dia mencari keselesaan tubuh badannya dan mencari habuan dunia..(Ibn ‘Ajibah, 125)

Antara niat mereka beribadah adalah untuk:

-mencari keistimewaan di kalangan manusia seperti mencari penghormatan manusia atau penerimaan manusia terhadap dirinya, atau mencari kemegahan atau mencari kemaliaan diri serta menanam perasaan hebat dalam hati manusia terhadap dirinya.

-mencari karamah atau keramat dan perkara-perkara pelik yg bertentangan dengan kebiasaan adat

-mencari mahligai dan bidadari di syurga dan lain2.



Jadi tidak wajarlah seorang hamba itu meninggalkan mana2 habuan dunia ( seperti zuhud meninggalkan kemewahan dunia) tetapi dlm masa yg sama dia berusaha mencari habuan dunia yg lain pula bentuknya atau mencari kepentingan diri atau kepuasan hawa nafsunya dalam pelaksanaan ibadahnya.



Maka, seseorang hamba yg ingin berjalan menuju Allah (s.w.t) amat wajar mengangkatkan segala hemahnya kepada Allah Tuhan yg Maha Mulia, maka dengan cara itu dia akan berpindah daripada melihat makhluk kepada mencari syuhud Allah. Atau, dia pasti akan berpindah daripada mencari dalil dan bukti kewujudan Allah kepada martabat syuhud dan penyaksian segala bukti kewujudan dan kebesaran Allah. Itulah matlamat tertinggi dan stesen terakhir perjalanan hidup seorang hamba di dunia ini. Firman Allah (s.w.t) :



وأنّ إِلى ربك المنتهىَ

Dan sesungguhnya, kepada tuhanmu, itulah (matlamat perjalanan) yang terakhir

(surah al-najm: 42).

Daripada Allah kita datang, untuk Allah kita beribadah dan kepada Allah jua kita akan kembali..
peringatan bagi diri yg hena dan sahabat2 yg dikasihi..

No comments: