K A W A N.S A H A B A T
Thursday, June 3, 2010
ECESG: Armada kebebasan 2 bersedia untuk belayar ke Gaza dalam masa seminggu
Jumaat, 04/06/2010 – ,”European Campaign to End Siege on Gaza” (ECESG), telah mengumumkan yang mereka sudah memiliki dana yang cukup untuk 3 buah kapal pertama bagi armada yang baru untuk ke Semenanjung Gaza, yang diberi nama “armada Kebebasan 2″, yang berkaitan dengan Armada Pertama yang terlibat dengan serangan lanun dan pembunuhan beramai oleh Israel terhadap aktivis keamanan yang berada di atas kapal.
Dr. Arafat Madi, Kempen presiden dan merupakan salah seorang kepada pengasas gabungan armada kebebasan berkata “tanggungjawab seterusnya adalah untuk melancarkan armada terbaru ke Semenanjung Gaza, melibatkan banyak kapal, yang membawa lebih banyak bantuan dan aktivis keamanan dari “Kebebasan 1″ yang mana membawa sepuluh ribu bahan bantuan beratus aktivis dari lebih 40 buah negara.”
Madi menambah, “berdasarkan pembunuhan beramai – ramai yang dilakukan oleh Israel terhadap aktivis di atas kapal di lautan antarabangsa, masyarakat Arab, Islam, Eropah dan barat telah meningkatkan lagi suara untuk membentuk satu armada yang besar dari “kebebasan 1″.
sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : bob
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment