Monday, January 31, 2011

FIFA Huffaz

Assalamualaikum…kepada sahabat FIFA Gen 5…apa khabar iman hari ini,adakah dalam ‘kehausan’ atau ‘kekenyangan’. Semoga cuti seminggu yang dikurniakan ini dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya. Bagi yang pulang ke kampung,penuhi hari-hari dengan berbakti kepada ibu bapa. Jangan lupa kepada ‘1 hari 1 Ma’thurat’. Untuk pengetahuan sahabat-sahabat FIFA Gen 5,Program FIFA Huffaz adalah program di peringkat percubaan Unit Pembangunan Insan (UPIN) bermula semester ini sehingga tamat belajar & ke akhir hayat. Secara sah program ini akan di’on’ selepas cuti raya cina ni. Semua sahabat diminta untuk pilih salah satu pakej hafazan al-Quran dan wajib hafal Hadis 40 (Matan Arbain). Hafazan Hadis 40 adalah diwajibkan untuk semua sahabat FIFA  Gen 5  pada semester ini &Matan Arbain akan diedarkan selepas cuti raya cina ini. Di sini pihak UPIN sertakan 2 teknik hafazan al-Quran yang boleh sahabat-sahabat rujuk & praktis pada cuti ini. Diharap sahabat-sahabat dapat menyambut baik & menyokong Program FIFA Huffaz.

No comments: