assalamualaikum..
rakan2 fifa gen5 tau tak isu terkini yang menjadi buah mulut warga usim dua tiga hari kebelakangan ni..?
yup.. luahan dan keluhan ustaz hasrizal terhadap Boria Usim.. pada 17 january 2011, Boria Usim menjadi tetamu jemputan untuk program bual bicara Malaysia Hari Ini.. banyak komen2 negatif mahupun positif dari pelajar2 usim tentang Boria Usim. berikut adalah kenyataan rasmi dari Ustaz Hasrizal selepas status beliau di facebook di siarkan dalam satu laman..
:: ikuti luahan Ustaz Hasrizal~
“Astaghfirullah” saya menggosok mata.
Seperti tidak percaya dengan apa yang dilihat.
Saya sedang menunggu isteri menghabiskan ward round di hospital, dan mengisi sedikit masa yang ada dengan menonton rancangan MHI di TV3.
Siapa tidak kenal boria? Sama seperti dikir barat di Kelantan, boria adalah satu ekspresi budaya yang terkenal di negeri Pulau Pinang. Ia adalah satu cabang seni yang ada tatacara dan ilmunya. Budaya warisan. Soal suka atau tidak suka, ia terpulang kepada kecenderungan peribadi masing-masing. Ada yang lega dengan Jazz, ada yang rasa bahagia dengan Dangdut.
Genre.
Tetapi apa yang terpampang di depan mata saya ini ialah Boria yang mengelirukan. Belum pernah saya melihat Boria dipersembahkan dengan mencampur adukkannya bersama lagu genre Samba nyanyian Zur Eda. Namun lebih mengelirukan saya ialah apabila kumpulan tersebut memperkenalkan diri mereka sebagai kumpulan Boria Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
Seperti biasa, Facebook menjadi tempat hal ini dibualkan.
Saya bertanya dengan nada sinikal, apa kaitan sebuah universiti berteraskan Sains dan Islam, dengan Boria Samba yang dipersembahkan itu.
“Boria USIM? Ya amatlah Saintifik dan Islamiknya ia!” demikian bunyi status di akaun Facebook saya.
Komen berkenaan pantas mendapat maklum balas rakan-rakan lain yang sebahagiannya turut menonton persembahan yang ganjil berkenaan. Sudah tentu tidak terlintas di fikiran sesiapa, kumpulan yang membuat persembahan itu adalah pemenang tempat ketiga Festival Majlis Kebudayaan Universiti-Universiti Malaysia (FESTKUM) Disember tahun lalu.
Tiada siapa yang mengetahui di kalangan rakan Facebook bahawa kumpulan ini juga berada di bawah naungan unit Kebudayaan & Kesenian (UKK) USIM.
Boria biasa muncul di mana-mana. Samba juga wujud dalam budaya masyarakat. Namun mencampur adukkan ia, dan diperkenalkan sebagai sebuah budaya kebanggaan sebuah universiti, saya kebingungan.
KASUAL JADI RASMI
Akan tetapi, saya sama sekali tidak menyangka bahawa perbualan kasual di Facebook itu telah diskrin cetak dan disiarkan di sebuah halaman web yang dikenali sebagai USIMKINI. Ia adalah sebuah halaman web yang dikunjungi oleh warga USIM sama ada daripada kalangan mahasiswa dan mahasiswinya, mahu pun kakitangan IPTA tersebut. Komen di Facebook yang kasual dalam ruang lingkup yang terbatas itu, dilaporkan di halaman web USIMKINI sebagai ‘pandangan rasmi’ saya berkenaan Boria USIM. Tindakan janggal bagai tidak dapat membezakan antara perbualan seorang rakan dengan rakan-rakannya, dengan apa yang dikonotasikan sebagai ‘kenyataan rasmi.
Dalam tempoh yang singkat, ia telah mencetuskan kacau bilau.
Saya menerima dengan lapang dada, teguran semua pihak bahawa saya boleh memilih perkataan yang lebih terhormat semasa mengkritik aset kebanggaan USIM ini. Ia menjadi pengajaran yang berharga buat saya.
Akan tetapi, pendirian saya yang bersifat substantial tidak berubah.
Budaya itu adalah suatu keaiban yang tidak layak untuk didukung oleh mahasiswa sebuah IPTA yang membawa nama Sains dan Islam. Andai ada yang masih mahu mempertahankan Boria USIM sebagai ekspresi aras menara gading, saya berlepas diri.
Kejadian ini sangat mencelikkan mata saya agar memperbaiki bahasa di Facebook. Saya beristighfar dan memohon ampun daripada Allah atas ketelanjuran lisan saya sebagai manusia. Juga saya memohon maaf kepada penari-penari Boria USIM jika komen saya diambil secara personal.
I have nothing personal against any of you.
Moga diampunkan oleh-Nya.
Namun apakah kejadian ini mampu mencelikkan mata USIM agar lebih bertanggungjawab dalam menghormati serta membawa nama ISLAM yang diberikan Allah kepada Syariat Muhammad sallallaahu alayhi wa sallam? Jangan sampai ayat ini menjadi kesimpulannya:
“Oleh itu, biarkanlah mereka (Wahai Muhammad) tenggelam dalam kesesatannya dan leka bermain-main (dalam dunianya), sehingga mereka menemui hari yang dijanjikan kepada mereka (untuk menerima balasan)!” [Al-Ma'aarij 70: 46]
Saya cemburu dengan huruf ‘I’ pada nama institusi anda!
ABU SAIF @ www.saifulislam.com 68000 AMPANG
p/s: apa pendapat kalian tentang hal ni memandangkan kita adalah pelajar fiqh fatwa..
1 comment:
assalamualaikum..
1st skali pndapat saya tidak ada pengaruh untuk mnyebelahi ukk walaupun saya seorang daripada ahli unit tersebut.dan boria ini juga adalah gabungan dalaman ukk.dan pndapat ini bukanlah suatu polemik.manusia tidak lari daripada mlakukan kesilapan..
ya saya mengaku memang ada kekurangan dalam unit ini tetapi apa yang saya perhati (sebab saya dok kat dalam) ada perubahan yang dilakukan oleh unit ini.perubahan bgini bkn suatu yang mudah dan perlu period tertentu..
apa yang mngecewakan adalah mereka yang menggelarkan diri mereka pendakwah muda dan kononnya mnjadi musuh utama bagi unit ini, sengaja mencari kesalahan dan bersikap tidak professional..
ingat lagi tak forum yang dianjurkan oleh UKK berkenaan dengan seni dalam islam?
sepatutnya yang menggelar diri mereka pendakwah sejati inilah yang menganjurkan forum itu instead of mengutuk dan mencela..
dalam suatu hadith menerangkan antara orang yg akan dirobek2 oleh anjing neraka adalah org yang mensucikan dirinya dengan mencela orang lain..nauzubillah
jika betul kamu ingin membetulkan mereka,pergilah bertemu dan berbincang cara baik..xperlu nak buat flyers macam dulu yang pernah terjadi di kolej kediaman.siap ada gamba.kan mengaibkan orang tu?!!
sensitif dengan isu agama amatlah penting akan tetapi kesensitifan (btol x xtaw la ayt ni..) itu janganlah disertai dengan nafsu..ilmu harus dikedapankan..dan di hadapan ilmu itu harus terbinanya adab..kerana orang yang berilmu tiada adab, tiadalah ilmu padanya..
wallahua'lam
-insan hina-
Post a Comment