Thursday, March 18, 2010

Jadual Waktu Kita...



السلام عليكم ورحمة الله

Hmm puas saya mencari hikmah kenapa waktu solat sering berubah2..contohnya waktu zohor..mungkin hari ni masuk waktu pukul 1.20 petang..kejap lagi 2,3 hari lepas tu 1.25 petang..atau pun berkurang jadi 1.23 petang..begitulah ia berubah2..begitu juga waktu solat yang lain..

Mungkin kita sudah biasa dengar tentang kenapa kita perlu solat subuh, solat zohor dan solat2 yang lain..apa hikmah di sebalik solat 5 waktu etc..dari segi saintifik pun dah ada pakar2 yang menjawab..

Tapi entah saya yang ketinggalan zaman..atau saya memang betul2 tak pernah dengar..mengapa waktu solat lima waktu sentiasa berubah2 dalam seminggu mahupun sebulan..
kadang2 semakin cepat waktunya..kadang2 semakin lewat waktunya..begitulah ia bertukar2..

Fikir punya fikir..akhirnya Allah jua yang bagi saya ilham untuk mencari hikmah di sebalik waktu solat yang senantiasa berubah2 ini..walaupun berubahnya hanya dalam 2-3 minit je..

Barangkali di sinilah Allah ingin menguji kita semua umat Islam..ingin membezakan antara seorang Islam dengan seorang yang lain..

Adalah menjadi satu kebiasaan bagi seseorang yang jaga waktu solatnya..dia akan sentiasa peka bila waktu solat akan masuk..kalau waktu solat masuk lebih awal..dia akan berusaha untuk adjust waktu dia..begitu juga kalau waktu solatnya lewat..seboleh2nya dia akan cuba sebaiknya mengubah waktu hariannya untuk awalkan waktu solat..

berbanding dengan orang yang kurang menjaga waktu solatnya..tak kira la waktu zohor masuk pukul berapa..sama ada awal atau lewat..waktu solatnya tetap sama..mungkin kalau terbiasa buat pukul 2.30 petang contohnya..maka begitulah setiap hari waktunya..maka tiada beza sama ada solat masuk lebih awal atau lewat..

Kadang2 kita mengawalkan waktu solat kita hanya kerana kita ada urusan lain..seperti kita ada kelas pukul 2 petang..jadi kita kena awalkan..atau kita nak keluar malam waktu isyak..jadi takut balik lewat..kita pun dengan sendiri mengawalkan solat kita..cukuplah beberapa contoh..

Dari sinilah Allah menguji kita sama ada kita patuh pada jadual waktu yang Allah tetapkan atau jadual waktu yang manusia tetapkan..
jadual waktu Allah sentiasa berubah2 bagi setiap waktu..untuk menguji sama ada manusia ini dapat menempuh ujian tersebut atau tidak
dan pastinya jadual waktu ciptaan manusia selalunya jarang sekali berubah..

contoh..waktu kerja setiap hari pukul 8 pagi dan waktu balik kerja pukul 5..waktu buletin utama tv3 pun setiap malam tetap sama pukul 8 malam..begitu juga jadual2 ciptaan manusia yang lain..

kita akan sedaya upaya berusaha bersungguh2 untuk mematuhi jadual ciptaan manusia ini..datang kerja sebelum waktunya..menunggu rancangan tv kegemaran juga sebelum waktunya..
tapi ramai antara kita yang kurang peduli tentang jadual Allah yang berubah2 ini..berubah2 untuk menguji kesetiaan ‘pekerja’ dengan ‘bos’nya..berubah2 kerana ingin melihat siapa antara kita yang bersedia untuk mematuhinya..

yang pasti..jadual manusia lah yang lebih dipatuhi kerana kita takut dimarahi bos angkara datang lewat..kita takut terlepas menonton rancangan kegemaran kita walaupun cuma seminit dua sahaja..kerana kita terlalu cintakan akan dunia (barangkali)

Ayuh bermuhasabah diri kita bersama2..cubalah aplikasikan kepatuhan dua2 jadual ini dengan sebaiknya..agar kedua2 matlamat dunia dan akhirat kita seimbang..InsyaAllah..nampak mudah dari pandangan mata..tapi sukar sama sekali untuk dilaksanakan..

moral: alangkah uniknya jadual waktu ciptaan Allah..
by:أديبب

"Benarkah kita membuat jadual untuk mendisiplinkan diri kita?” Tanya seorang ‘sir’.

Masing-masing berbeza jawapan…

Ya, jadual dibuat untuk mengurus diri kita..Namun realitinya, sesistematik manapun kita melakar jadual, tetapi jika jadual Allah tidak diikuti…

Maka berjayakah kita???

Sunday, February 21, 2010

Hassan Al Banna : Semarak Perjuangannya Masih Terasa



Tanggal 12 Februari 1949 meninggalkan sejarah hitam dan pilu bagi masyarakat Islam khususnya pejuang-pejuang agama. Pada tarikh itu dunia Islam kehilangan seorang ulama dan mujahid yang menjadi pelopor dalam mengembalikan kegemilangan Islam ke kemuncaknya. Pemergiannya yang tidak diduga merupakan suatu pembunuhan kejam hasil konspirasi musuh-musuh Islam yang berselindung di sebalik Raja Farok, pemerintah Mesir pada ketika itu.


Imam Hassan Al Banna telah dilahirkan pada Oktober 1906 di desa al Mahmudiya yang terletak di daerah al Bahriyyah, Iskandariah, Mesir. Beliau berasal dari sebuah keluarga Ulama yang dihormati dan terkenal kerana begitu kuat mentaati ajaran dan nilai-nilai Islam. Mujahid Islam ini dibesarkan dalam suasana keluarga yang merendah diri dan hidup dalam keadaan yang serba sederhana.

Hassan al Banna merupakan anak sulung daripada lima beradik. Ayahnya, Syeikh Ahmad ibn Abd al Rahman al-Banna. adalah seorang ulama, imam, guru dan pengarang beberapa buah kitab hadis dan fikah perundangan Islam, yang berkelulusan dari Universiti Al Azhar Mesir. Beliau dikenali sebagai seorang yang bersopan santun, pemurah, merendah diri dan tingkah laku yang menarik. Namun beliau hanya bekerja sebagai pembaik jam di desa al Mahmudiya untuk menyara keluarganya. Masa yang selebihnya digunakann untuk mengkaji, menyelidik dan mengajar ilmu-ilmu agama seperti tafsir al Quran dan hadis kepada penduduk tempatan.

Sebagai seorang ulama, Sheikh Ahmed Abdur Rahman al Banna mempunyai perpustakaan yang agak besar di rumahnya. Beliau menghabiskan sebahagian masanya mempelajari Sunnah Rasulullah dan membincangkannya dengan rakan-rakan di kedai dan di rumah. Hassan al-Banna juga sering menghadiri dan mengambil bahagian dalam perbincangan tersebut. Pertemuan ini memberi kesan yang mendalam kepada pemikiran, wawasan dan yang penting perwatakannya. Ketokohan, keilmuan dan keperibadian Syeikh Ahmad al Banna diwarisi oleh Hassan al Banna.

Berdasarkan kepimpinannya, Hassan al Banna adalah pemimpin yang bijak mengatur organisasi. Ikhwan Muslimin disusun dalam tiga peringkat iaitu memperkenalkan Ikhwan dan menyebarkan dakwah asas melalui ceramah serta kegiatan kebajikan. Kemudian membentuk keperibadian anggota agar bersedia menjalani jihad, seterusnya melaksanakan cita cita perjuangan dengan tegas.

Pada 12 Februari 1949 jam 5 petang, Hasan al Banna dijemput untuk berunding di Pejabat Jam'iyyah al-Syubban al Muslimin. Ketika baru sahaja menaiki teksi untuk pulang, dua orang yang tidak dikenali menerpa ke arah teksi dan salah seorang daripada mereka terus melepaskan tembakan pistol. Walaupun terkena tujuh tembakan, Hasan al-Banna masih mampu berjalan masuk semula ke pejabat Jam'iyyah al Syubban al-Muslimin memanggil ambulans untuk membawa mereka ke hospital.

Pada pukul satu pagi pihak polis menyampaikan berita kematian kepada ayah Hasan al-Banna dengan dua pilihan: Pihak polis akan menghantarkan jenazah ke rumahnya untuk beliau menjalankan urusan pengebumian pada jam sembilan pagi tanpa sebarang perhimpunan, jika tidak menerima tawaran pertama itu, pihak polis sendiri terpaksa membawa jenazah dari hospital ke kubur tanpa beliau melihat jenazah anaknya itu.

Ayah Hasan al Banna menerima pilihan yang pertama. Sebelum fajar menyingsing, jenazah as-Syahid dibawa ke rumahnya di Hilmiah al-Jadid dengan sebuah kereta yang dikawal rapi oleh polis yang lengkap bersenjata. Di sekitar rumahnya juga terdapat polis dan tentera berkawal dengan rapi. Mereka tidak membenarkan sesiapa pun menghampiri kawasan tersebut. Jenazah Almarhum dibawa masuk ke rumahnya secara tidak ada orang yang melihatnya dan tidak ada yang mengetahui masa ketibaannya.

Sheikh Ahmad Abdur Rahman, ayah Hasan al-Banna yang sudah berusia lebih 90 tahun itu dengan penuh kesabaran memandikan dan mengapankan jenazah anaknya yang baru berusia 43 tahun itu seorang diri. Setelah diletakkan ke atas pengusung, beliau memohon pihak polis mencari beberapa orang untuk mengusungnya. Tetapi pihak polis menjawab, biarkanlah orang-orang perempuan tolong mengusungnya.

Sejak pembunuhan terhadap Hassan al Banna, ramai pendukung Ikhwan Muslimin yang telah ditindas dan dizalimi. Namun tindakan tindakan tersebut menyebabkan pertubuhan itu bukan sahaja semakin bertambah kuat di Mesir, malah telah mengembangkan sayapnya di negara-negara Arab. Kebangkitan Islam yang berlaku di negara Arab pada hari ini sebenarnya secara tidak langsung bertitik tolak dari Gerakan Ikhwan Muslimin,

Tegasnya, Hasan al-Banna merupakan seorang pejuang yang gigih dan berani, berjaya menyedarkan masyarakat dengan fikrah dan pendekatan barunya dalam gerakan dakwah dan manhaj tarbiahnya yang syumul. Walaupun beliau telah pergi menemui Ilahi, namun fikiran dan gerak kerjanya masih menjadi rujukan dan pegangan pejuang pejuang dan harakah Islamiah pada hari ini.

Saturday, February 20, 2010


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

selawat serta salam keatasNYA

~selawat serta salam keatasNya~
Bismillahirrahmanirrahim..

Allah swt berfirman:
وَ مَا أَرْسلْنَك إِلا رَحْمَةً لِّلْعَلَمِينَ‏
“Tidaklah Aku mengutusmu kecuali untuk menjadi rahmat bagi semesta alam.” (Al-Anbiya’/21: 107)

dengan membawa misi mentauhidkan Allah S.W.T,menyelamatkan aqidah umat manusia,maka diturunkan Dia sebagai Rasul,ataupun penyampai dari Ilahi..

Dialah yang dimasyhurkan oleh Tuhan sekelian 'alam sebagai "Rahmatan lil'alamin"..

Habibina Muhammad..
Sayyidina Muhammad..
Nabiyyina Muhammad..

sampaikan lah salam kami Ya Allah,ke atas Nya..

Maulid Ar-rasul S.A.W.

Kalam As-Sayyid Al-Allamah Muhammad bin Alawi Al-Maliki


Nabi Muhammad S.A.W lahir pada hari Isnin di bulan Rabi’al Awwal tahun Gajah. Ada yang mengatakan pada tanggal 2, ada yang mengatakan tanggal 3, dan ada pula yang mengatakan tanggal 12.Adapun pendapat yang terakhir adalah yang paling masyhur di kalangan ulama.

Hari Isnin adalah hari yang penuh berkah. Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad (bin Hanbal), Ibnu Abbas r.a. berkata,

“Rasulullah S.A.W lahir pada hari Isnin. Diangkat sebagai nabi pada hari Isnin. Berangkat hijrah dari Mekah ke Madinah pada hari Isnin. Dan mengangkat Hajar Aswad pada hari Isnin juga.”

Sementara riwayat yang lain mengatakan bahawa baginda S.A.W. lahir dalam keadaan sudah berkhitan dan tali pusatnya sudah putus.

Dan juga diriwayatkan,pada malam kelahiran Baginda S.A.W. terjadi pelbagai keajaiban dan keanehan:-

-banyak berhala yang jatuh dari tempatnya berdiri
-pada saat kelahirannya nampak cahaya terang benderang di langit sehingga menyinari istana-istana di negeri Syam
-istana Kisra (maharaja Parsi) mengalami goncangan hebat sehingga tiang-tiang sanggahnya jatuh
-api sembahan kaum Majusi di Parsi padam malam itu, padahal selama lebih dari 1000 tahun sebelumnya tidak pernah padam

[Diambil dari Ringkasan Sejarah Nabi Muhammad S.A.W., Sayyid Muhammad bin 'Alawi bin 'Abbas Al-Maliki Al-Hasani, hal. 17]

sememangnya,dengan sekadar meraikan ihtifal maulidurrasul sollahu'alaihiwasallam tidak cukup untuk menggambarkan kemuliaan baginda sollahu'alaihi wasallam,bahkan jika dihimpunkan sekalian lautan sebagai dakwat pena untuk memperkatakan tentang kebesaran serta keutamaan Nabi Muhammad sollahua'laihiwasallam
nescaya semua itu tidak akan cukup untuk memperkatakan tentang baginda sollahu'alaihiwasallam...


Dalam menghadapi segala cabaran samada material nya ataupun spiritualnya dunia zaman ini,kita dapat melihat banyak perilaku umat serta kebobrokan yang dipaparkan diakibatkan tidak mengendahkan nilai-nilai moral yang telah diberi tunjuk ajar oleh Islam..

Dalam keadaan inilah,maka pentingnya ihtifal maulidurrasul sallahu'alaihiwasallam,kerana dari sinilah,maka umat dapat mengenang kembali,segala peribadi Rasulullah,yang dinukilkan oleh para ulama',samada dalam bentuk kitab sirah nabi sallahu'alaihiwasallam,qasidah serta syair dan sebagainya...

Telah berfirman Allah Taala:-
“Dan semua kisah dari rasul-rasul Kami ceritakan kepadamu, ialah kisah-kisah yang dengannya Kami teguhkan hatimu.” (Hûd, 11:120)

Ketika mentafsirkan ayat di atas Imam Al-Junaid radhiyallâhu ‘anhu berkata:

“Kisah-kisah (kehidupan para Nabi dan kaum sholihin) merupakan salah satu bala tentera Allâh. Kisah-kisah tersebut dapat memperkuat hati seorang murîd.”

Firman Allah:-
“Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka itu terdapat pengajaran bagi orang-orang yang mempunyai akal. Al-Qur’an itu bukanlah cerita yang dibuat-buat, akan tetapi membenarkan (kitab-kitab) yang sebelumnya dan menjelaskan segala sesuatu, dan sebagai petunjuk dan rahmat bagi kaum yang beriman.” (Yûsuf, 12:111)

Ayat tersebut jelas memperkatakan tentang kisah-kisah yang dipaparkan oleh Allah dalam Al-Quran sebagai jalan untuk memperteguhkan serta memberikan pengajaran kepada orang-orang yang beriman.

Kita dianjurkan untuk membaca Surah Al-Kahfi pada setiap hari Jumaat,kerana dalam kandungan Surah AlKahfi,terdapat tiga peristiwa ataupun kisah besar,yang dikhabarkan kepada kita..
Sebermula dengan kisah para pemuda kahfi,kisah pembelajaran nabi Khidir dengan nabi Musa Alaihimassalam,dan juga kisah zulqornain,maka kita dianjurkan untuk membacanya seminggu sekali,sebagai peringatan serta pengajaran kepada kita..

Rasulullah bersabda:-
“Barang siapa membaca Surat Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka dirinya akan disinari cahaya dari Jumaat itu hingga Jumaat berikutnya.” (HR Hâkim dan Baihaqî)

Jika kita dianjurkan untuk membaca surah al-kahfi sekali seminggu,mengapa kita tidak boleh untuk meluangkan masa sebentar untuk sama-sama berhimpun,memperdengarkan sirah nabi?
Dengan kemudahan yang anda ada sekarang ini..
internet,komputer,dan sebagainya..
sepatutnya,haruslah dimanfaatkan..
janganlah sampai disatu saat nanti,bila ditanya,dengan apakah masa kamu gunakan?..
masa itu baru kita "terkesima"

Dalam sebuah Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ad-Dailamî dan Ibnu Najjâr, Rasûlullâh sollahu'alaihiwasallam bersabda:

“Didiklah anak kalian dengan tiga hal iaitu: mencintai Nabi kalian, mencintai keluarga Nabi kalian dan membaca Al-Qur’ân.” (Ad-Dailamî dan Ibnu Najjâr)..

Salam Maulidurrasul..
Rasul sebagai ikutan kita..

Saturday, February 13, 2010

Against Ability

Assalamualaikum pembuke bicara (1st time post kt fifaunited nie)
Nampakknye mkin lme mkin hangat luar biase blog fifa ni yer..jd sy dsini bukan lah juz nak menapak atau menyinggah kosong tak semena-mena..(interfere je hehe) tp wanna share smthg kdg2 human being itu sndri terlepas pndang dlm perkare simple yg akn sy smpaikan ps ni..
Title kt atas tu mcm xsmpai mksud tp klu nk cpai mksud tue bce la smpai abis..
It is about “MAMPU” jeng3~



Apa itu mampu? Siapa yg mampu? Dimana mendapat keMampuan? Adakah dengan berkahwin empat itu diktakan sbg mampu? Cukup tak cukup…

Kemampuan adalah sesuatu tindakan yg myebabkan kite rasa hargai apa yg kite ade..kite mahir dlm sesuatu perkara..mengerti dlm sesuatu perkara..mencorak dlm sesuatau perkara..expert dlm sluruh aspek mahupn mampu dlm bersosial..berpolitik..berekonomi.. n fi kulli majal.. Jadi utk mmpunyai sifat mampu ini tidak lah salah..klu kite ade kmampuan utk mmperoleh sesuatu, xkan la nak ckp “aku masih x mampu” kan?

Tapi, klu manusia dh tau bhawa die tidak akn mmpu utk mdptkn sesuatu perkara (almost impossible)..then die nk jgk mncapai sesuatu perkara walhal tahu yg die x mampu.. ni kategori org ape?
Jadi jawapan yg terbaik adalah dpd ANDA semua..

Sebenarnya, sesetengah manusia pantang tengok kehebatan..’kejayaan’..kemampuan org lain..

“ Kalau die boleh buat..MESTI aku boleh buat nye sbb die BOLEH buat??..”

Atau..

“Kalau die beli cincin emas...MESTI aku boleh dapatkan sbb die BOLEH beli??..”

Atau..

“Kalau die dpt kete besar..aku pon nak jgk..!!”

what kind of words? Lu pkir la sendri.. who we are actually? From Him..through our mom’s womb..


Bersederhanalah.. jgn disebabkan kemampuan atau kehebatan kita lupa asl usul kite..atau jgn disebabkan kemampuan atau kehebatan org lain kita lalai hingga xmgerti dimana kita sebenarnye..
Sedarlah bhawa manusia hidup hanye sementara tapi masih dibuai lentok gemalai dek duniawi yg menoda sentiasa+selalu+kerap dlm hidup kite.. peringatan utk diri sendiri jua..
P/s~ ‘mampu’ di ats adalah skop yg kecil..masih jauh perjalanan utk mengerti apa itu ‘mampu’.. bukan sekadar renungan biasa..

posted by: kimie_el-yamani