Friday, February 5, 2010

Tangisan Rasulluah Menggoncangkan Arasy

Jika harta yang hilang dari diri seseorang, maka tiada apa pun yang
hilang, Jika kesihatan yang hilang dari diri seseorang, maka ada
sesuatu yang hilang, Tetapi jika akhlak yang hilang dari diri
seseorang, maka segala-galanya telah hilang dari diri seseorang.

"Dikisahkan, bahawasanya di waktu Rasulullah s.a.w. sedang asyik
bertawaf di Ka'bah, beliau mendengar seseorang di hadapannya bertawaf,
sambil berzikir: "Ya Karim! Ya Karim!" Rasulullah s.a.w. menirunya
membaca "Ya Karim! Ya Karim!" Orang itu lalu berhenti di salah satu
sudut Ka'bah, dan berzikir lagi: "Ya Karim! Ya Karim!" Rasulullah
s.a.w. yang berada di belakangnya mengikut zikirnya "Ya Karim! Ya
Karim!" Merasa seperti diolok-olokkan, orang itu menoleh ke belakang
dan terlihat olehnya seorang laki-laki yang gagah, lagi tampan yang
belum pernah dikenalinya. Orang itu lalu berkata: "Wahai orang tampan!
Apakah engkau memang sengaja memperolok-olokkank u, kerana aku ini
adalah orang Arab badwi? Kalaulah bukan kerana ketampananmu dan
kegagahanmu, pasti engkau akan aku laporkan kepada kekasihku, Muhammad
Rasulullah."

Mendengar kata-kata orang badwi itu, Rasulullah s.a.w. tersenyum, lalu
bertanya: "Tidakkah engkau mengenali Nabimu, wahai orang Arab?"
"Belum," jawab orang itu. "Jadi bagaimana kau beriman kepadanya?"
"Saya percaya dengan mantap atas kenabiannya, sekalipun saya belum
pernah melihatnya, dan membenarkan perutusannya, sekalipun saya belum
pernah bertemu dengannya," kata orang Arab badwi itu pula. Rasulullah
s.a.w. pun berkata kepadanya: "Wahai orang Arab! Ketahuilah aku inilah
Nabimu di dunia dan penolongmu nanti di akhirat!" Melihat Nabi di
hadapannya, dia tercengang, seperti tidak percaya kepada dirinya.

"Tuan ini Nabi Muhammad?!" "Ya" jawab Nabi s.a.w. Dia segera tunduk
untuk mencium kedua kaki Rasulullah s.a.w. Melihat hal itu, Rasulullah
s.a.w. menarik tubuh orang Arab itu, seraya berkata kepadanya: "Wahal
orang Arab! janganlah berbuat serupa itu. Perbuatan serupa itu
biasanya dilakukan oleh hamba sahaya kepada tuannya, Ketahuilah, Allah
mengutusku bukan untuk menjadi seorang yang takabbur yang meminta
dihormati, atau diagungkan, tetapi demi membawa berita gembira bagi
orang yang beriman, dan membawa berita menakutkan bagi yang
mengingkarinya. "

Ketika itulah, Malaikat Jibril a.s. turun membawa berita dari langit
dia berkata: "Ya Muhammad! Tuhan As-Salam mengucapkan salam kepadamu
dan bersabda: "Katakanlah kepada orang Arab itu, agar dia tidak
terpesona dengan belas kasih Allah. Ketahuilah bahawa Allah akan
menghisabnya di hari Mahsyar nanti, akan menimbang semua amalannya,
baik yang kecil mahupun yang besar!" Setelah menyampaikan berita itu,
Jibril kemudian pergi. Maka orang Arab itu pula berkata: "Demi
keagungan serta kemuliaan Tuhan, jika Tuhan akan membuat perhitungan
atas amalan hamba, maka hamba pun akan membuat perhitungan dengannya!"
kata orang Arab badwi itu. "Apakah yang akan engkau perhitungkan
dengan Tuhan?"

Rasulullah bertanya kepadanya. 'Jika Tuhan akan memperhitungkan
dosa-dosa hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa kebesaran
maghfirahnya, ' jawab orang itu. 'Jika Dia memperhitungkan kemaksiatan
hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa keluasan
pengampunan- Nya. Jika Dia memperhitungkan kekikiran hamba, maka hamba
akan memperhitungkan pula betapa kedermawanannya! '

Mendengar ucapan orang Arab badwi itu, maka Rasulullah s.a.w. pun
menangis mengingatkan betapa benarnya kata-kata orang Arab badwi itu,
air mata beliau meleleh membasahi Janggutnya. Lantaran itu Malaikat
Jibril turun lagi seraya berkata: "Ya Muhammad! Tuhan As-Salam
menyampaikan salam kepadamu, dan bersabda: Berhentilah engkau dari
menangis! Sesungguhnya kerana tangismu, penjaga Arasy lupa dari bacaan
tasbih dan tahmidnya, sehingga la bergoncang. Katakan kepada temanmu
itu, bahawa Allah tidak akan menghisab

dirinya, juga tidak akan memperhitungkan kemaksiatannya. Allah sudah
mengampuni semua kesalahannya dan la akan menjadi temanmu di syurga
nanti!" Betapa sukanya orang Arab badwi itu, apabila mendengar berita
tersebut. la lalu menangis kerana tidak berdaya menahan keharuan
dirinya."

2 comments:

Anonymous said...

salam'alaik...
nice post.. but please concern tntg ejaan..
bukan "Rasulluah" tp "Rasulullah".. nyway, syukran

tok pulai chondong said...

Rasululah di hati..Mari kita gerakkan bulan ini adalah bulan Rasulullah..bulan kerinduan utk Rasulullah..

Ya Rasulullah aku merinduimu